Saturday, February 28, 2015

UMAT ISLAM DIKELIRUKAN OLEH MUSUH

Kita sedia maklum bahawa Nabi Muhammad s.a.w hanya membawa satu ajaran agama iaitu Islam. Islam yang diterimanya daripada Allah hanyalah satu. Tetapi hari ini terdapat banyak versi agama Islam yang dibawa oleh umatnya. Terdapat dua Mazhab Terbesar dalam Islam iaitu Sunni dan Syiah. Sunni (ahlul sunnah wal jamaah) terbahagi kepada empat imam mazhabnya iaitu , Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Ahmad dan Imam Syafie. Manakala Syiah pula penuh dengan pelbagai tarekat dengan 12 imamnya. Tetapi bukan itu yang menjadi pokok perbincangan kali ini. Yang menjadi fokus saya adalah perpecahan yang berlaku dikalangan  umat Islam.

Kita tahu sepanjang 23 tahun Nabi Muhammad s.a.w  berdakwah, beliau tidak bercakap tentang apa-apa mazhab ataupun tarekat. Semua ini hanya muncul setelah kewafatan baginda. Inilah hasil dari perbezaan tafsiran mengenai Islam oleh ulama dan mereka yang berkepentingan didalam politik Islam.

Bahkan kita boleh lihat sebahagian dari tafsiran dan ajaran begitu amat berbeza antara satu sama lain.Sebahagian dari mereka menganggap umat Islam yang tidak mengikuti cara mereka sebagai kafir. 

Di Malaysia, satu parti politik telah menyakinkan pengikut-pengikutnya bahawa mereka yang tidak menyertai atau meyokong parti mereka sebagai kafir atau munafik. Malangnya berpuluh-puluh ribu pengikut mereka yang terdiri dari Melayu Islam mempercayai ajaran ini. Mereka juga percaya mengundi parti ini mendapat pahala dan diberi gajaran syurga. Walaupun ianya kedengaran tidak masuk akal tetapi inilah yang dipercayai dan dipegang oleh pengikut-pengikut taksub mereka. Mereka sanggup bermusuhan dengan saudara seagama hanya kerana tidak sealiran dalam pemikiran fikrah politik. Kini perpecahan dikalangan umat Islam di Malaysia begitu amat mendalam dan serius disebabkan oleh ahli-ahli politik yang menyalahgunakan ajaran Islam.

Hasil dari pelbagai tafsiran yang berbeza dan banyak mazhab-mazhab yang berbeza maka umat Islam menjadi keliru. Kekeliruan dan kecelaruan ini amat dinanti-nantikan oleh musuh Islam. Musuh Islam mengetahui bahawa umat Islam amat fanatik dengan agama mereka. Jadi jalan untuk memesongkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar adalah menambahkan kekeliruan mereka tentang agama Islam itu sendiri dengan dibantu oleh ulama-ulama  yang mempunyai kepentingan dan agenda politik yang tertentu.

Datuk Mashitah Ibrahim, Pengerusi Eksekutif Yayasan Pondok Malaysia  dalam Perhimpunan Agung Kebangsaan Melayu Bersatu berkata, bahawa Rasullullah s.a.w ada menyebut tentang zaman kekeliruan umat sehinggakan mereka bergaduh sesama sendiri,  mereka lupa musuh sebenar, siapa yang perlu diperangi. Umat Islam berpecah kepada Fahaman Sunni, Fahaman Syiah yang berperang dalam jangka masa yang cukup lama tanpa memberi manfaat kepada ummah. Menurutnya lagi, timbulnya kumpulan Wahabi menambahkan lagi kekeliruan umat Islam apabila mereka menyuntik aliran pemikiran yang berbeza,  mereka dengan mudah menjatuhkan hukum bidaah, syirik dan kemudiannya mengkafirkan umat Islam yang tidak sealiran dengan mereka. "Rasullullah s.a.w datang mengIslamkan umat orang, mereka pula mengkafirkan umat Islam. selepas mengkafirkan umat Islam, mereka menghalalkan darah dan akhirnya berlakulah peperangan begitulah kelirunya umat Islam sepertimana yang dapat kita lihat di Afganistan, Iraq dan Arab Spring". 

Natijah dari kekeliruan ini, jurang persaudaraan menjadi bertambang jauh. Mereka terdedah kepada memerangi sesama sendiri. Umat Islam jadi kurang berminat untuk memajukan diri, bangsa dan agama, sebaliknya menuruti apa sahaja kehendak musuh-musuh Islam asalkan mereka dapat terus kekal berkuasa atau dapat menjatuhkan kuasa umat Islam yang sedia ada. Sedikit pun mereka tidak peduli  samaada umat Islam menjadi lemah atau tidak. Bagi mereka, jihad adalah menumbangkan kerajaan Islam yang mereka tidak suka.

Justeru itu, ramai umat Islam mengunakan jalan keganasan untuk menentang ketidakadilandan kebobrokan  kerajaan Islam itu sendiri. Semua yang berlaku adalah hasil dari perancangan teliti musuh-musuh Islam yang telah menemui justifikasi untuk menambahkan lagi tekanan kepada umat Islam. 


No comments:

Post a Comment