Sunday, February 15, 2015

TURUN HARGA MINYAK BUKAN PENENTU TAMBANG TEKSI

Penurunan harga petrol dan diesel global banyak memberi keceriaan dan manfaat kepada rakyat khususnya kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah. Namun begitu, penurunan bahan api ini tidak memberi impak posotif terhadap tambang teksi, ini kerana kos keseluruhan operasi teksi masih lagi tinggi.

Pendapatan pemandu teksi rata-ratanya tidak tetap dan stabil, terutama pemandu teksi di negeri Kelantan. Ini ditambah lagi dengan faktor peningkatan harga penyelangaraan, tayar dan insurans yang tinggi, manakala purata pendapatan pemandu teksi di Kelantan hanya antara RM1000 ke RM1200 sebulan.

Masalah ini dikongsi bersama dengan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar yang berpendapat kos yang terpaksa ditanggung oleh pemandu teksi adalah amat tinggi dan membebankan. Selain kos operasi yang tinggi, kenaikan kos penilaian khas oleh Puspakom juga bakal menambahkan beban mereka yang sedia ada.

Menurutnyanya lagi, masalah-masalah mereka akan diberi perhatian dan akan dipnajangkan kepada pihak kerajaan.

 Pengusaha teksi dan kereta sewa berharap kerajaan perlu dapat membantu mencari jalan penyelesaian kepada kemelut permasalahan ini yang sudah berdekad lamanya merunsingkan mereka. Mereka Bimbang, kerana "fenomena" penurunan harga petrol dan diesel tidak akan berkekalan lama. Jika harga minyak kembali naik, tentu kos operasi dan penyelengaraan meningkat, sudah tentu ini akan menambahkan lagi beban kepada mereka.