Monday, February 16, 2015

KERAJAAN TIDAK PERNAH MEMINGGIRKAN PELAJARAN AGAMA KEPADA PELAJAR ISLAM

Pembangkang seringkali menyalahkan kerajaan kononnya meminggirkan pelajaran agama Islam dalam arus pendidikan negara. Mereka yang menuduh kerajaan sedemikian, bukan sahaja  buta mata tetapi juga buta hati kerana tidak melihat kesungguhan kerajaan berusaha meningkatkan syiar Islam di seluruh negara terutama dalam bidang pendidikan.

Sejak berkurun dulu lagi, kerjaan cukup menitik beratkan pelajaran agama kepada pelajar-pelajar Melayu Islam sehinggakan berapa ramai pelajar-pelajar aliran agama sekolah kerajaan dan agama rakyat dihantar ke Negara Timur Tengah seperti Universiti Al-Azhar di Mesir, Islamik Universiti of Madinah di Arab Saudi dan negara Arab yang lain. Mereka dihantar bukan sahaja untuk belajar bertutur bahasa Arab dengan fasih, tetapi juga mendalami ilmu-ilmu tertentu yang khusus. 

Di negara kita sendiri sebenarnya penuh dengan sekolah-sekolah agama bantuan penuh kerajaan Negeri dan kerajaan Pusat, termasuklah penulis sendiri pelajar disalah sebuah sekolah agama di Negeri Kedah, Sekolah Menengah (Agama) Maktab Mahmud Pokok Sena, Langgar Kedah. (yang dahulunya lebih dikenali sebagai Raudzatul Ulum Addiniyah). 

Di kawasan "Langgar" ini saja penuh dengan sekolah pondok antaranya yang terkenal ialah  pondok Tasak yang diasaskan oleh Haji Mohamad Nor. Begitu juga dengan Pondok Haji Ahmad Janggut dan Pondok Haji Husin

Beritahulah apa mata jenis  pelajaran agama yang  tidak diajar ? Dari subjek agamanya seperti Fekah, Tajwid, Tauhid, Qawaid, usul Fekh, Balaqoh, Tafsir AlQuran, Hadis, Luqatul Arbiyah, Tawarikh  Islam , Faraid dan sebagai  manakala subjek-subjek teras dan selektif  seperti Matematik, English, Bahasa melayu, sains, ekonomi Asas, Perdagangan, Sejarah Islam , Sejarah dunia turut di beri penekanan penting.

Bahkan hari ini kerajaan telah memberi pengiktirfan  kepada pelajar-pelajar agama sehingga  ke peringkat tertinggi dalam negara dengan tertubuhnya Universiti Islam Antarabangsa UIA, dan Universiti Sains Islam USIM. 

Selain itu, Institusi-institusi pengajian Pondok juga diberi pengiktirafan yang sama taraf dalam pendidikan negara dengan tertubuhnya Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia​ (YPPM). Penubuhan Yayasan ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada institusi pengajian pondok dan warga pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan Islam serta melahirkan ramai tokoh ilmuwan agama. Ia juga bagi mengiktiraf jasa dan bakti para ulama, tok guru dan tok mudir dalam melahirkan generasi pelajar yang mahir dalam ilmu agama dan pengajian Al-Quran.

 Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, yang juga merupakan produk dari sekolah agama. Beliau dilahirkan di Kedah, pernah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultanah Asma, Alor Star dan Sekolah Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya Junaid, Padang Lumat, Kedah. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Maktab Mahmud, Alor Star dan seterusnya memperolehi Ijazah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 1987.

Di negeri Kedah sahaja terdapat lebih kurang 28 sekolah pondok yang menerima bantuan dari kerajaan dan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia dan ribuan lagi di seluruh negara.

Olleh itu, amat dangkal sekali pemikiran mereka apabila menuduh kerajaan meminggirkan pelajaran agama kepada pelajar-pelajar Islam di Malaysia. Mereka yang menyatakan sedemikian bukan sahaja buta mata tapi juga buta hati dan buta sejarah. Semoga rakyat terutama umat Islam tidak termakan dengan dakyah-dakyah dan pembohongan mereka  -

sekian,
PSM 

No comments:

Post a Comment