Sunday, February 8, 2015

KESEDERHANAAN SEBAHAGIAN DARI DNA MALAYSIA - Liow Tiong Lai




Dalam mentadbir sesebuah negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama seperti Malaysia, pendekatan sederhana amat penting dan perlu dikekalkan kerana ia satu formula yang telah berjaya kita laksanakan selama ini. Kita telah buktikan, dengan mengamalkan budaya sederhana semua pihak dapat sama-sama mengecapi hasil kemakmuran negara.


Bercakap pada forum bertajuk “Matters of Moderation, Matters to Malaysia” pada sabtu lepas, Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan Malaysia , Dato Seri Liow Tiong Lai berkata," Kesederhanaan bukanlah konsep baru bahkan ianya adalah sebahagian dari DNA negara. Konsep ini juga telah menjadi nadi pentadbiran kerajaan Barisan Nasional selama ini sehingga berjaya menyatupadukan rakyat semua kaum.


Falsafah sederhana telah banyak membantu kita mengharungi pelbagai cabaran sejak dari awal kemerdekaan negara,bahkan dalam bahasa Mandarin kesederhanaan mempunyai erti yang lebih mendalam" kata Liow.

Beliau menambah, MCA akan menganjurkan satu seminar dalam bahasa Mandarin memberi tumpuan kepada bagaimana nilai-nilai baik dalam asas ajaran Confucius  boleh digunakan dalam pentadbiran. - PSM




No comments:

Post a Comment