Wednesday, April 9, 2014

PEMUDA UMNO SEMPORNA BIDAS SARANAN DATUK YONG TEK LEE : JANGAN POLITIKKAN SOAL KESELAMATAN NEGARA



SEMPORNA, SABAH, 7 APRIL 2014 -

 Ketua Pemuda UMNO Semporna, Mohd Azis bin Haji Mdaziz Jamman membidas kenyataan Datuk Yong Tek Lee yang dilaporkan dalam MalaysiaKini pada 5 April 2014 berhubung isu penculikan seorang pelancong warganegara China dan seorang pekerja resort warganegara Filipina di sebuah Resort di daerah Semporna.

Azis menyifatkan Datuk Yong Tek Lee cuba mempolitikkan aspek keselamatan negara dengan mengaitkan YB Dato' Seri Mohd Shafie Bin Hj Apdal selaku Ahli Parlimen Semporna dan menyarankan agar gaji beliau dikurangkan berikutan insiden penculikan yang berlaku di daerah Semporna. Saya amat yakim bahawa Datuk Yong yang pernah menjadi wakil rakyat sebelum ini telah sedia maklum tentang perincian bidang kuasa Ahli Parlimen. Saranan Datuk Yong ini dilihat tidak relevan dan beliau sengaja meniup api kemarahan rakyat diNegara ini khususnya masyarakat setempat.

Azis turut menegaskan bahawa YB Dato' Seri Mohd Shafie merupakan seorang wakil rakyat yang sangat prihatin dan turut sama merasai denyut nadi rakyat di Semporna. Walaupun YB Dato' Seri Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar Da Wilayah (KKLW) tidak menganggotai Jawatankuasa Keselamatan Negeri mahupun Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), namun beliau sering menasihatkan pihak berkuasa keselamatan terutama pihak tentera dan polis agar sentiasa memantau dan meningkatkan tahap keselamatan secara keseluruhan. Adalah menjadi rutin kepada YB Dato' Seri untuk mendengar taklimat dan laporan daripada Ketua Polis Daerah dan Pegawai Pemerintah Tentera berkenaan hal-ehwal keselamatan di daerah Semporna.

Tambah Azis lagi, '' YB Dato' Seri Mohd Shafie sentiasa mengingatkan rakyat khususnya masyarakat di daerah Semporna terutama kepada ketua-ketua Kampung dan Pengerusi JKKK agar bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu Keselamatan di daerah Semporna.''

Azis turut menyifatkan Datuk Yong sengaja menangguk di air yang keruh. ''Bagaimana Datuk Yong lebih mengetahui tentang Semporna sehingga beliau sanggup mempersoalkan kredibiliti dan sumbangan YB Dato' Seri Mohd Shafie, sedangkan Datuk Yong sendiri bukanlah anak jati Semporna, malah parti beliau juga hampir tidak wujud di Semporna. Datuk Yong tidak sepatutnya membuat pelbagai spekulasi dan sesuka hati menjatuhkan hukuman sendiri kepada mana-mana pihak memandangkan kes penculikan ini masih lagi dibawah siasatan pihak berkuasa. Hentikanlah taktik kotor pembangkang yang hanya tahu menyalahkan kerajaan sahaja.

Azis turut mempersoalkan tindakan Datuk Yong yang dianggap tidak konsisten dan berat sebelah. Jelas Azis, ''mengapa Datuk Yong tidak pula mencadangkan agar gaji Ahli Parlimen Lahad Datu dikurangkan semasa insiden yang berlaku di Tandoo, Lahad Datu? Sekiranya Ahli Parlimen perlu bertanggungjawab dan wajar dipersalahkan dalam kes sebegini, mengapa Datuk Yong tidak kaitkan Ahli Parlimen di Semenanjung semasa kes penculikan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayari Shamelin Moodliar, warganegara Belanda yang diculik di hadapan Mont Kiara International School, Mont Kiara, Brickfields pada 27 April 2012 yang lalu'', tambah Azis lagi.

Tindakan Datuk Yong mengaitkan YB Dato' Seri Mohd Shafie dengan kes penculikan yang berlaku di Semporna berpunca daripada kecuaian dan kelemahan Ahli Parlimen Semporna adalah tidak relevan dan tidak berasas sama sekali. Sebagai seorang yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah atas jasa Kerajaan Barisan Nasional melalui sistem pengiliran Ketua Menteri suatu ketika dulu, Datuk Yong sepatutnya sedia maklum bahawa bukan menjadi perkara yang mudah untuk menjaga keseluruhan Perairan Negeri Sabah malah sewaktu beliau menjawat Ketua Menteri Sabah, pencerobohan dan kebanjiran pendatang tanpa izin yang masuk melalui perairan Negeri Sabah Sering berlaku'', tegas Azis lagi.
''Seperti yang kita sedia maklum, penubuhan Kem Tentera laut Di Raja Malaysia (TLDM) yang kini telah bertapak dan beroperasi sepenuhnya di daerah Semporna semenjak 15 tahun yang lalu merupakan jasa dan suara YB Dato' Seri Mohd Shafie selaku Ahli Parlimen Semporna yang juga Timbalan Menteri Pertahanan pada masa itu. Selain itu, Balai Polis Semporna juga telah dinaiktarafkan bukan sahaja dari segi kemudahan infrastruktur, kelengkapan keselamatan laut dan darat malah pos-pos kawalan polis dan tentera telah diwujudkan di pulau-pulau di sekitar perairan Semporna.

Azis turut mengulas kenyataan Datuk Yong yang menyalahkan Kerajaan Khususnya Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan secara total adalah tidak bertanggungjawab dan apa lagi menyalahkan pemimpin yang bukan pun menjadi ahli didalam jawatankuasa keselamatan negeri ataupun Jawatankuasa ESSCOM yang baru sahaja ditubuhkan. Kenyataan tidak bertanggungjawab ini merupakan taktik kotor Datuk Yong yang dilihat seolah-olah sudah ketandusan idea lebih-lebih lagi dalam keadaan parti beliau sudah tidak relevan di dalam politik Negeri Sabah.

No comments:

Post a Comment