Tuesday, April 8, 2014

SIAPA YANG AKAN MENENTANG HUDUD ...???

8 Jamadil Akhir 1435H
Selasa 2.30p.m.

Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud) 1993 Kelantan telah diluluskan SEBULAT SUARA oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan di mana Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO & PAS SEBULAT SUARA menyokongnya.

Setelah direstui oleh Duli YAM Sultan Kelantan, Kerajaan Negeri WAJAR meWARTAkan Enakmen tersebut. YAB Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menulis surat kepada YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr Mahathir Mohamed memaklumkan perkara tersebut dan sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Persekutuan, beliau BERSETUJU dengan pelaksanaan tersebut sekiranya beberapa pindaan yang mengelirukan serta menggambarkan kezaliman dan ketidakadilan Perundangan Islam dapat diperbaiki di dalam Enakmen tersebut.

Adalah menjadi keWAJIPan dalamasa tempoh 14 hari, Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri (MB Kelantan) MEMBALAS DAN MENGEMUKAKAN MAKLUMBALAS ke atas SURAT RASMI DAN NASIHAT Ketua Eksekutif Kerajaan Persekutuan (Perdana Menteri) tersebut.

Malangnya, surat tersebut tidak pernah dijawab oleh Kerajaan Kelantan sebaliknya fitnah bahawa parti UMNO menentang pelaksanaan Enakmen tersebut (Hudud) dijaja di setiap ceramah menjelang kempen pilihanraya umum. Hasilnya pelbagai fatwa yang menghalalkan darah sesama umat Islam kedengaran di sana sini.

Berdasarkan pandangan pakar Perlembagaan PKR, Prof. Dr Abd Aziz Bari, pelaksanaan Enakmen berkenaan tidak memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan. Namun demikian, pandangan beliau kontra dengan pandangan banyak pihak yang terlibat di dalam pelaksanaannya dan suatu rang undang-undang persendirian perlu dibentangkan di Parlimen untuk meminda beberapa Fasal tertentu di dalam Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kelantan melaksanakannya.

Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato' Hj Mohamed Shukri, Mufti Kelantan sendiri dalam suatu kenyataan telah menegaskan bahawa mereka sudah lama bersedia untuk melaksanakan Hudud dan masih menunggu komitmen serta kesungguhan Kerajaan Negeri.

Dipercayai jua, suatu Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Hudud telah ditubuhkan menjelang Nov 2010 dan setelah lebih 3 tahun diwujudkan, tiada kedengaran sebarang kemajuan serta perkembangan yang dibentangkan di DUN Kelantan.

Isu ini timbul semula apabila Yang Berhormat Dato' Seri Jamil Khir Baharom mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya perlu kepada pindaan Perlembagaan, maka suatu bil persendirian perlu dibentangkan di Parlimen DAN UMNO dan/atau Kerajaan Pusat bersedia memberi sokongan kepada PAS.

Rakyat Malaysia jua perlu jelas bahawa antara Perjanjian Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang telah dimeterai adalah tiada agenda pelaksanaan Hudud yang bakal dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang memerintah Malaysia.

SEKIRANYA Kerajaan Kelantan berpendapat pindaan Perlembagaan Persekutuan adalah perlu, sipakah yang anda yakin di kalangan mereka bakal membentangkan rang undang-undang persendirian tersebut (bagi meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan Kelantan melaksanakan Hudud)???

1. YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang -Presiden PAS
2. YB Hj Mohamed Sabu - Timbalan Presiden PAS
3. YBhgia Dato' Mustafa Ali - Setiausaha Agung PAS
4. YB Karpal Singh -Pengerusi DAP.
5. YB Lim Kit Siang - Penasihat DAP
6. YAB Lim Guan Eng - Setiausaha Agung DAP
7. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR

SEKIRANYA Kerajaan Kelantan tidak berpendapat perlunya pindaan Perlembagaan Persekutuan, pada pendapat anda BILAKAH MASANYA KERAJAAN KELANTAN AKAN MELAKSANAKANNYA???

No comments:

Post a Comment