Friday, January 3, 2014

ORANG MELAYU TAMAK...???

Pada zahirnya orang Melayu berjiwa kebangsaan sehinggakan ada kalanya berbau perkauman. Mereka boleh menjadi sangat anti Cina serta tidak teragak-agak untuk berlaku kasar dan keterlaluan apabila mengkritik orang Cina.

 Sikap mereka menyamai orang Arab di Palestin. Apabila Yahudi Zionis mula-mula merancang mahu menubuhkan negara Israel di bumi Palestin, orang Yahudi hanya memiliki 5% tanah negara itu . Bilangan orang Yahudi tempatan di Palestin pun sangat kecil.

Namun , dalam pada mereka begitu hebat mengutuk rancangan Zionis, orang Arab Palestin dengan sukarela menjual tanah mereka kepada orang Yahudi. Sama ada bersemangat kebangsaan atau tidak , mereka gagal menolak godaan wang yang di tawarkan kepada  mereka .


No comments:

Post a Comment