Wednesday, January 8, 2014

COMANGO PERTUBUHAN HARAM

KDN istihar Comango PERTUBUHAN HARAM.

KDN isytihar Comango pertubuhan haram
| 4:00PM Jan 8 2014
Kementerian Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan
bahawa gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango)
yang menurutnya “memperjuangkan hak yang
menyeleweng daripada Islam” sebagai pertubuhan
haram.
Satu kenyataan dikeluarkan oleh ketua setiausaha
kementerian tersebut, Datuk Mohamad Khalid
Shariff menyebut, Comango tidak didaftarkan bawah
Akta Pertubuhan 1966.
“Gabungan ini kebanyakannya terdiri daripada
pertubuhan bukan berasaskan Islam dan sebahagian
besarnya tidak berdaftar.
“Setiap pertubuhan yang hendak menjalankan
aktiviti secara sah di dalam negara, ia hendaklah
berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia (JPPM) di bawah Akta Pertubuhan 1966
seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 7 Akta
Pertubuhan 1966.
“Mana-mana pertubuhan yang tidak memenuhi
keperluan Seksyen 7 tersebut boleh diambil tindakan
sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar dan
menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 41(1)
(b).
“Comango dengan itu merupakan sebuah pertubuhan
haram," kenyataan itu dipetik.
Jelasnya, KDN mendapati hanya 15 dari 54
pertubuhan yang bergabung dan bernaung di bawah
Comango berdaftar mengikut Akta Pertubuhan 1966
(Akta 335).
Menurutnya, pertubuhan itu juga didapati
memperjuangkan "hak yang menyeleweng daripada
agama Islam", iaitu hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual,
Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons).
Comango pada Oktober lalu menyerahkan satu
laporan berhubung isu agama dan hak LGBT di
Malaysia kepada Majlis Hak Asasi Manusia (HRC),
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi
tujuan Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic
Review) (UPR) di Geneva.
Dalam satu kenyataan segera, pengerusi bersaa
Jatawatankuasa Hak Asasi Badan Peguam Andrew
Khoo berkata keputusan berkenaan merupakan
tindakan "memeranjatkan dan tidak wajar".
Katanya, kerajaan bekerjasama dengan Comango
sepanjang proses UPR sejak 2008.
"(Kerajaan) diberikan salinan laporan UPR Comango
pada Mac 2012," kata Khoo.
"Tiada apa-apa berlaku sehingga organisasi
konservatif Muslim menggariskan aspek larpoan
Comango, yang tidak dipersetujui oleh mereka, dan
menuntut tindakan dikenakan ke atas Comango,"
katanyalagi.
Tambahnya, tindakan itu menunjukkan kerajaan
tidak menghormati kebebasan berekspresidan hak
berpersatuan yang diperuntukkan dalam
perlembagaan.
Khoo pernah bekerjasama dengan Comango tetapi
tidak menganggotai gabungan NGO tersebut.

No comments:

Post a Comment