Wednesday, October 23, 2013

HUDUD BRUNEI VERSI MANA ?

Sedikit respon terhadap Hudud Brunei. Pertama saya mahu ucapkan jutaan tahniah kepada kerajaan Brunei kerana berjaya melaksanakan Hudud sebagai undang-undang negara. Namun apa yang saya gusarkan adalah apakah versi hudud yang cuba diaplikasi kedalam negara brunei. Sudah pasti bukan Hududullah. kerana Hududullah adalah keterbatasan manusia dari melanggar tata-susila agama dan sosial bukan sekadar perundangan negara.

Hudud sendiri telah mengalami inovasi banyak versi. Sejak Umar al-khattab sehinggalah Sulayman al-kanuni (otthoman empire). Bahkan sulaiman sendiri telah gagal melihat kaum minoriti bermazhab syaife sehingga puak kuridsh bermazhab syaife memberontak dengan hudud versinya. Secara peribadi saya tidak menolak hudud secara total . saya juga mengimpikan undang-undang ini diimpimentasi kedalam negara kita ,cuma mekanisme hudud terbuka kepada ijtihad yang perlu diteliti secara emprikal mengunakan katu ukur Asas pertama : فقه النصوص- فقه الواقع- فقه الموازنات- فقه الاولويات- فقه التغيير. Namun, versi hudud perlulah jelas dengan meneliti ke-5-5 perkara ini supaya ia releven , kompetetif dengan perundangan lain dan jauh dimanipulisi seperti yang berlaku di zaman yazid dan kerajaan saudi hari ini. 


Tatkala melaungkan dengan GAH tentang hudud perlu juga dipastikan hudud yang diimpimentasi adalah versi siapa dan bagaimana, apakah versi Saudi atau Iran ?. Pada dunia yang menglobalisasi ini, hudud tidaklah seharusnya terikat dengan mana-mana ijtihad ulama sahaja, hudud perlu dirangka dengan penilitian pakar undnag-undang, sosial dan politik. Pindaan dalam beberapa hukum juga wajar agar tidak kita terperangkap dalam hudud mazhab atau literal al-quran semata-mata. Boleh juga diguna-pakai beberapa perundangan lain dari sumber islam jika ia releven dengan semasa dan setempat.

Hudud adalah wasail sesungguhnya. Dan maqasid adalah lebih utama. Bahkan terkadang apabila dengan menjalankan hudud tidak membawa kepada Maqasid lebih baik ia ditangguhkan seperti yang pernah dilakukan umar. Bahkan apalah ertinya hudud jika negara hudud mendapat anugerah tangga bawah negara bebas korupsi dalam Indeks Persepsi Korupsi (2011), sedangkan singapore tangga ke5, Hong Kong mendapat tangga ke 15 bersih, Jepun 17, dan Isarel 34 berbanding iran 105 dan Saudi 83. lebih memalukan merujuk kepada GPI (Global Peace index 2011) negara seperti Iceland , New zealand, Jepun dinobatkan negara yang selamat dan aman diduduki berbanding negara-negara Islam seperti Iran 119, somailia 153 dan iraq 152.

saya bukan meperleceh hudud tetapi sebelum hudud dilaksana pelbagai aspek perlu diteliti. Islam adalah negara berkonsepkan madani (modern) dan wasaty (moderate) perlu berjaya mengambarkan Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin yang menjaga kebajikan rakyat,membebaskan pendidikan, menjamin nyawa, memperkasakan ekonomi sosial dan negara, yang bersih dan terdidik institusi kekeluargaan, kebebasan beridealogi, dan hak beragama, berjaya mengatasi permasalahan korupsi dan kemiskinan melarat, sebuah negara aman dan kuat suara politiknya. 


Tatkala itu maka sesuailah hudud dilaksanakan, kerana hudud seharusnya memberi penyelsaian alternatif dan bukan pembebanan keatas rakyat. Maka pesan saya kepada gerakan Islam terutama yang berorentasikan demokrasi dan political willing usahlah terlalu teruja dengan apa yang berlaku di Brunie, masih terlalu awal untuk memberi pingat atau kalungan tahi. Jika semua aspek telah diteliti Brunie maka kita sanjung dan hargai dan mungkin boleh saja kita belajar dari modul mereka , jika tidak.....usahlah kerana nila settik rosak nama islam sebelanga, usahlah ia menconteng arang kemuka kita. cukuplah saudi dan Iran sahaja. kita muslim demokrat, rahmatan lilalamain sama sekali bukan pemaksaan , fasis dan atorian. 

Muhammad Al-mahdi Abdullah 
*seorang liberal kecil di dunia yang Maha*
*saya bertanggungjawab atas tulisan ini sedia menerima teguran*