Friday, September 20, 2013

SPECIES BADAK HAMPIR PUPUS, SPECIES PEKAK BADAK MAKIN BERTAMBAH...


Badak sumbu merupakan antara spesies terancam yang perlu dilindungi. Kelahiran pertama dalam tempoh 24 tahun cukup memberi makna kepada dunia.
Manakala "Pekak Badak" pula merupakan spesies yang paling banyak kelahirannya didalam dunia terutama di Malaysia. 
Dah kesekian kalinya kena tipu dengan Anwar dan Dap....Melayu masih lagi membenarkan diri mereka di"Kambing"kan oleh makhluk-makhluk perosak ini.



Pas menolak cadangan Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib agar tahaluf siyasi antara parti itu dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikaji semula ekoran kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas akan tetap bersama dengan sekutunya itu sambil menyifatkannya sebagai satu pakatan yang kukuh dan baik untuk diteruskan.

"Sehingga kini kita terus bersama-sama pakatan pembangkang yang merupakan satu pakatan sangat kukuh dan baik untuk sistem dua parti.

"Oleh itu, kita melihat pakatan yang ada sekarang perlu diteruskan seperti hari ini," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Pas di sini hari ini.

Pada Multaqa Ulama Pas Se-Malaysia di Kedah baru-baru ini, Harun dalam ucaptamanya mencadangkan agar Pas segera menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Pas serta menilai kembali tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang.

Tegas beliau, kajian semula berdasarkan kepada garis panduan syura itu wajar ekoran berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan Pas selain merosakkan hubungan dalam tahaluf siyasi kebelakangan ini.

Harun berkata, analisis pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu perlu dilakukan secara terperinci untuk melihat sejauh mana kelebihan dan kekurangan berdasarkan syarak termasuk tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP untuk PRU Ke-14 (PRU-14) nanti.
Dalam pada itu, Abdul Hadi juga terus berdolak-dalik berhubung kemerosotan sokongan orang Melayu terhadap Pas pada PRU lalu dengan mendakwa parti itu mendapat sokongan lebih banyak di Terengganu dan Selangor.

Jelasnya, Pas mendapat lebih banyak undi popular sehingga mengatasi Barisan Nasional (BN).

"BN menang kerusi yang banyak dalam pilihan raya lalu kerana sistem demokrasi yang tidak adil seperti yang berlaku pada hari ini," ujarnya.

MANAKALA Ketua Dewan Ulama Pas pula, Datuk Harun Taib terus mendapat sokongan kuat dalam kalangan ahli akar umbi berhubung saranannya agar parti tersebut mengkaji semula tahaluf siyasi dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Aktivis Pas, Saiful Azhar Syukri berkata, cadangan tersebut adalah tepat memandangkan majoriti ahli akar umbi Pas kini mula mempersoalkan kredibiliti DAP terutama berhubung ketelusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

"Saranan Harun tersebut membantu parti untuk berada di landasan yang betul. Kami akar umbi terharu kerana segala keluh-kesah sebelum ini disampaikan beliau ke perhatian kepimpinan tertinggi parti dan rakyat.
"Adakah kita akan terus menjadi kuda tunggangan Anwarinas dan DAP atau sebaliknya, mengubah perkara ini," katanya di sini hari ini.

Harun dalam ucaptamanya ketika Multaqa Ulama Pas Se-Malaysia di Kedah baru-baru ini, mencadangkan supaya Pas segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Pas serta menilai kembali tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang.

Kelmarin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Pas menolak cadangan agar tahaluf siyasi antara parti itu dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikaji semula ekoran kemerosotan sokongan pengundi Melayu.
Mengulas lanjut kata Saiful Azhar, ketegasan Dewan Ulama Pas menegakkan saranan tersebut adalah penting dalam memastikan kegelisahan akar umbi mendapat perhatian umum.

"Selaku ahli Pas, saya menyambut baik saranan ini namun begitu, saya terkejut apabila ia dipertikaikan kepimpinan tertinggi parti sendiri selain dari PKR dan DAP," katanya.


No comments:

Post a Comment