Beberapa hari lepas Anwar Ibrahim membuat kenyataan bahawa beliau mengesahkan Datuk Seri Najib menawarkan untuk membentuk kerajaan perpaduan dengannya. Sini
Seperti biasa....setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Anwar kita tak boleh percaya 100 peratus kerana ianya datang daripada seorang munafik. Sebelum pilihan raya umum yang lepas dia berjanji akan mengundurkan diri dari politik sekiranya pakatan pimpinanannya gagal mengambil alih pemerintahan negara. Selepas PRU lain pula jadinya. Tak munafik ke namanya itu ?
Sekarang dia kata pula Najib tawar perpaduan dengannya...
Apa sebenarnya yang berlaku ?
Anwar telah terlepas peluang terbaik untuk menjadi PM dalam PRU lepas. Selepas PRU beliau sudah tidak dihormati oleh sekutu-sekutunya. Orang-orang mereka lebih menghormati Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng, kerana dua orang itu lebih berkuasa berbanding Anwar yang hanya berjawatan Ketua Pembangkang. Itu pun atas ehsan DAP....
Anwar inginkan kuasa....Anwar ingin dihormati dan disanjungi....Anwar juga bengang kerana Khalid Ibrahim banyak tidak mengikut arahan-arahannya....
Anwar ke Indonesia sekali lagi dan berjumpa Jusuf Kalla merayu-rayu meminta Jusuf agar menolongnya sekali lagi menjadi perantara antara beliau dan Najib. Jusuf agak keberatan untuk menjadi orang tengah sekali lagi kerana beliau telah ada pengalaman ditipu Anwar semasa menjadi orang tengah dalam kes perjanjian PRU lepas.
Selepas pertemuan Anwar berkali-kali menghubungi Jusuf merayu-rayu agar menolongnya. Dalam bulan Ramadhan Anwar ada menghubungi Jusuf dan salah satu ayat yang digunakan dalam perbualan tersebut seperti berikut,
"Bilang sama Pak Najib di bulan Ramadhan perlu bermaaf-maafan".
Antara yang ditawarkan Anwar untuk membentuk perpaduan dengan Najib seperti berikut,
1) Anwar akan memecat Khalid Ibrahim dan Najib boleh memilih individu pilihannya untuk mengetuai Selangor.
2) Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
3) Empat orang ahli parlimen PKR dilantik sebagai menteri.
Pujukan demi pujukan oleh Anwar Ibrahim akhirnya membuat Jusuf mengalah dan bersetuju untuk menjadi orang perantara. Jusuf sepatutnya ke Kuala Lumpur untuk bertemu Datuk Seri Najib pada malam 11 Ramadhan. Namun disebabkan oleh pesawat peribadinya mengalami kerosakkan Jusuf terpaksa membatalkan kedatangannya ke Kuala Lumpur pada 11 Ramadhan.
Jusuf Kalla ke Kuala Lumpur pada 20 Ramadhan bersamaan dengan 28 Julai 2013 setelah pesawatnya boleh digunakan.
Jusuf datang bersama beberapa lagi ahli rombongannya. Antara yang datang bersama Jusuf adalah, Ade Dwi Irawan, Hamid Awaludin dan Emir Chairullah.
Pesawat Jusuf yang bernombor pendaftaran PK-JKM mendarat di Kuala Lumpur pada 28 Julai 2013 jam 8.20 malam. Jusuf mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib pada malam itu juga untuk membawa tawaran-tawaran yang dikemukakan Anwar. Bagaimanapun Datuk Seri Najib telah menolak tawaran-tawaran yang dibawa oleh Jusuf Kalla.
Selesai bertemu Datuk Seri Najib, pada malam itu juga Jusuf terus bertemu dengan Anwar bagi menyampaikan berita yang Datuk Seri Najib menolak tawaran yang dikemukakannya. Jusuf bersama rombongannya berangkat pulang dengan pesawat yang sama pada keesokkan paginya (29 Julai 2013) jam 7.00 pagi.
Anwar berang dengan Najib yang menolak tawarannya. Itulah sebabnya dua hari selepas itu iaitu pada 1 Ogos 2013 Anwar membuat satu kenyataan yang keras terhadap Najib dengan menggesa Najib agar tidak menjadi seperti binatang. Lihat di sini:
http://www.malaysiakini.com/
Kebanyakkan orang-orang Pas telah mengetahui perkara ini. Sekumpulan pemuda-pemuda Pas telah diberitahu perkara ini dalam bulan Ramadhan. Sebab itu bila Anwar membuka kisah ini ianya tidak disambut oleh puak-puak Pas atau tidak ada hu...ha...hu....ha....puak-pua
Sumber: RBF Online.
Post: Tok Guru.
No comments:
Post a Comment