Wednesday, August 14, 2013

Siapakah Sebenar Panji Hitam dari Timur yang dimaksudkan:( Empayar Langkasuka ) !!



" Sesungguhnya panji Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwarna hitam dan benderanya berwarna putih "

Dlm ketundukan Umat Islam mengungguli Ramadhan yg Berkah 1434H dan akan menyambut 1 Syawal 1434H ..rakyat Malaysia digegarkan dgn kemunculan Panji Panji Hitam @ Empayar Langkasuka ..Siapakah mereka , kemanakah hala tuju mereka sebenarnya ...sebagai umat Islam Malaysia yg persekitarannya sudah terdedah dgn pelbagai kejelekan budaya hidup yg terus bercambah seiring dgn kemajuan dan pembangunan ..sempadan negara dunia sudah memang tidak ada sempadannya ..kemunculan panji panji hitam ini juga sememang sudah dijangkakan , jesteru ada segelintir umat Islam yg pasti mempunyai pemikiran yg condong utk mengekalkan kemutlakan dan kemuliaan Islam.Malangnya tindakan mereka ini sekadar menghiasi keserakahan mereka sendiri tanpa menghalusi sisi kehidupan Umat Islam di Malaysia ini yg jelas kekal mendaulatkan kebijakan akal dan menatangi kesederhanaan dlm apajua bidang kemasyarakatan . Jesteru pihak berkuasa agama semestinya lebih ghairah menjembarkan kesepaduan pemikiran dengan membentang hamparan yg memudahkan Umat Islam kekal sepadu dan sepakat memanfaatkan keberkatan Allah swt..tanpa ada batas yg membedakan iltizam keduniaan dan kefitrahan manusia sejagat.

Saya sebagai orang awam , tidak hairan jika mereka ini muncul menjelmakan diri mereka , semata mata mahu menggamit persepsi dan naluri umat Islam , malah semua kepemimpinan Islam agar lebih gagah melangkah dan tidak mudah merendahkan akalnya dlm memberikan keutamaan hamparan mahligai Islam persekitarannya dijagai dgn keserasian memutlakan kemurnian Islam itu sendiri.

Gelojak akal dan pemikiran dikalangan umat Islam pastinya , mampu menilai betapa bejat persekitaran Islam diterjah bukan Islam , dan dataran ini sememangnya didaulatkan sejak tradisi itu menguasai persekitarannya ..cuma kepemimpinan sedia ada masih tidak mampu ceriakan minda , tetapi asyik menghiasi permadani disinggahsana , sedang saf saf itu berselirat dan mencari mana saje manfaat yg dianggap lebih keramat dan berdaulat.. usah biarkan jajaran Malaysia ini dicemari dgn keserakahan yg berkait rapat dgn kekhilafan yg berterusan.

Jika di sempadana negara kita dikejutkan dgn pembunuhan sang Imam ..usah sampai dijajaran kita ini , sisi yg sama akan didominasi budaya dan sikap ekstreme yg sama !!

No comments:

Post a Comment