Saturday, August 3, 2013

JANGAN MELAMPAUI BATAS

SUDAH sekian lama saya memerhatikan dan meneliti para pejuang hak-hak wanita dan dah hak-hak yang lain termasuk pejuang hak asasi manusia(kononnya). Suka saya mengingatkan mereka tentang keseimbangan Islam iaitu At-Tawazun dan al-Wasatiyah yang merupakan ciri-ciri perundangan Islam yang istimewa. Ianya bermaksud pertengahan antara kedua pihak , dimana ketika Islam membela kepentingan satu pihak , ia tidak menyebabkan pihak lain terabai atau teraniaya. 


Yang saya maksudkan bahawa pembelaan Islam terhadap hak kaum wanita tidak menyebabkan hak-hak kaum lelaki terabai atau dipinggirkan. Pembelaan Islam terhadap hak-hak isteri umpamanya tidak menyebabkan hak-hak suami di abaikan. Pembelaan hak ibu , tidak menyebabkan hak seorang bapa dilupakan. Pembelaan hak anak-anak tidak menyebabkan hak ibu-bapa di sia-siakan, dan seterusnya begitu.

Malangnya , kadang kala pembelaan pembelaan hak-hak kaum wanita yang dilakukan oleh sesetengah pihak tanpa merujuk dan mengikuti nas-nas Islam secara keseluruhan hingga menyebabkan ketidak seimbangan berlaku. 

Janganlah sampai beria-ria sangat hendak membela hak kaum wanita , sehingga melupai hak kaum lelaki. Berbeza dengan pendekatan yang di buat oleh Nabi SAW ketika membela hak kaum wanita, baginda mengimbanginya dengan hak kaum lelaki.

DEMIKIAN juga apabila kita membela hak kaum muslimin, janganlah kita terlalu emosi sehingga menzalimi bukan muslim. ISLAM ITU ADIL UNTUK SEMUA. Begitu juga mereka yang begitu ingin membela HAK RAKYAT sehingga melupai hAK PEMERINTAH untuk di hormati dan tidak maki. Atau jangan terlampau sibuk mengipas pemerintah sehingga hak rakyat diketepikan sehingga mereka tertindas. 


Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a pernah berkata " SESUNGGUHNYA AGAMA ALLAH ADALAH PERTENGAHAN ANTARA YANG MELAMPAU MENGENAINYA DAN YANG MENINGGALKANNYA. ALLAH SWT TIDAK MEMERINTAHKAN HAMBA-HAMBA NYA SESUATU PERINTAH MELAINKAN SYAITAN AKAN MENGGANGGU DENGAN DUA CARA. SYAITAN TIDAK KISAH YANG MANA SATU DIA BERJAYA, SAMAADA SECARA ifrat (melampaui batasan yang sepatutnya dalam beragama) ATAU tafrit (cuai terhadap agama)."

No comments:

Post a Comment