Friday, August 2, 2013

FITNAH INTERNET TIDAK TERLEPAS ....

Suasana alam maya hari ini , maruah dan harga diri seseorang manusia dijual dengan begitu murah. Seseorang yang berada di hadapan komputer begitu ringan tangan menfitnah orang lain dengan apa sahaja yang dia suka. Seolah-olah dosa menfitnah orang melalui alam maya itu tidak dapat dikesan oleh Allah atau disoal pada hari kiamat kelak. 

Pembaca inernet pula ramai menerima khabar2 bohong lalu dijadikan bahan masyarakat awam untuk memburukkan orang lain. Lebih kotor lagi jika penyebaran fitnah itu ada yang mengunakan nama agama ini. Kononnya atas nama perjuangan Islam, maka dihalalkan apa yang di haramkan oleh al-Quran dan as Sunnah. 


Ada sesetengah laman web yang memakai slogan Islam , entah berapa ramai insan yang mereka cemari maruahnya hanya kerana tidak sekapal dengan kumpulan atau jemaah atau parti mereka.


Makian , hamunan, cercaan, tuduhan tanpa bukti seakan menjadi pekara halal disisi agama. Kononnya mereka sedang pertahan dan tegakkan. 


Mereka ketika mengendalikan semua itu telah lupa untuk siapakah mereka berjuang ? Jika betul untuk Allah dan Rasul Nya, adakah Allah dan RasulNya meredhai perbuatan tersebut ?
Sama-sama fikirkan.

No comments:

Post a Comment