Sunday, June 16, 2013

Tuntutan IFC , zakat untuk semua

Salah satu tuntutan IFC (Ambiga ) ialah : Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam.

Saya berpendapat tuntutan ini disebabkan oleh ketidakpuasan hati bukan Islam yang terpaksa membayar cukai pendapatan sedangkan umat Islam melayu khususnya hanya perlu membayar Zakat, bahkan zakat itu hanya digunakan oleh umat Islam sahaja.

Boleh jadi juga mereka melihat kekuatan Islam ini sukar dilumpuhkan kerana mempunyai dana yang banyak dari pungutan zakat .

Apa pun ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja , mungkin tuan-tuan ada pendapat lain ....dipersilakan ....

No comments:

Post a Comment