Dahulu semasa kecil , pemerintahan di rumah aku tidak lah demokratik. Dahulu aku rasakan emak aku seorang yang "kuku besi" apabila semua arahannya mesti aku dan adik-adik patuhi tanpa boleh pertikaikan. Bapa pula bertindak seperti Tuan Presiden, beri arahan dan dilaksanakan oleh emak. Kerjanya cari rezeki dan jarang ada dirumah. Undang-undang yang emak aku buat ni leceh betullah ....bosan sungguh. Rumah kawan aku pun tak kena macam tu....,
Jam 10 malam kena tidor,
Jam 6 pagi kena bangun solat dan sebagainya ,
Tak dapat tengok TV kecuali hari jumaat dan sabtu , (ahad kami sekolah)
Kalau nak tengok juga, kena mengintai dicelah-celah lubang papan lantai...,
Sebelum jam 7 ptg mesti ada di rumah,
ehh macam-macamlah undang-undang yang menghadkan kebebasan bersuara dan hak asasi aku sebagai kanak-kanak.
Dalam hati aku ni macam-macam rungutan dan ketidakpuasan hati bersarang. Nak aje aku BLACKOUT kan satu rumah ....baru padan muka kami semua.
Tetapi yang hairannya , apabila dewasa dan boleh berfikir dengan waras aku aku tidak pernah rasa apa yang dibuat oleh emak dan ayah aku dulu tu salah, dan yang lebih pelik aku pun mengamalkan kaedah yang hampir sama cuma berbeza dari segi perdekatan dan modulnya sahaja.
Aku berpendapat dalam zaman yang lebih mencabar ini , dalam zaman letusan teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan ....pendekatan yang lebih jitu dan tegas perlu di tekankan kepada anak-anak muda sekarang. Mereka perlu dibekalkan dengan maklumat yang tepat dan betul.
Pendidikan awal perlu diberi keutamaan, anak-anak yang dari awalnya lagi terdidik dengan akhlak , toleransi , hormat-menghormati, patuh pada undang-undang akan menghasilkan satu bentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Barulah aku tahu betapa susahnya nak jaga sebuah keluarga , apatah lagi nak jaga negara.
Fuhh...!!! ......Nasib baik aku tak jadi perdana menteri, kalau tak , tak de masa aku layan fb ni ...kekekeke....
TQ PM....kerana susah-susahkan diri urus tadbir negara demi keharmonian, kesejahteraan dan kemakmuran Negara dan Rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment