Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, debat yang akan dikendalikan oleh seorang moderator dari RTM itu akan disiarkan secara langsung dari Studio 1, Angkasapuri.
“Debat itu akan disiarkan secara langsung selepas ia mendapat permintaan daripada banyak pihak tetapi ia tidak dibuat di hadapan penonton kerana kita tidak mahu ia mencetuskan emosi berdasarkan fahaman politik yang berbeza,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Kali Kesembilan di Universiti Putra Malaysia, Serdang dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE