Monday, June 29, 2015

CAHAYA IMAN DI ANDALUSIA (2) - TARIQ IBN ZIYAD



3.0 TARIQ IBN ZIYAD. 


3.1 LATAR BELAKANG


 Tariq Ibn Ziyad merupakan seorang panglima muda yang bertindak menggepalai dan memimpin pasukan muslim dari Daulah Umaiyyah dalam penaklukan Andalusia (Semenanjung Iberia). 

Nama lengkap beliau ialah Tariq bin Ziyad bin Abdullah adalah berketurunan Parsi dari Hamadzan. Sebahagian sejarahwan mengatakan bahawa Tariq bin Ziyad berasal dari bangsa Barbar suku Nafza, sebahagian lagi mengatakan berasal dari bangsa Barbar suku Zanata. Ibnu Khaldun menyebutnya dengan tambahan nisbah Al-Laisi. Tetapi ada juga yang mengatakan Tariq berasal dari Hamadan, Persia.

 Walaupun Tariq Ibn Ziyad dikatakan berasal daripada kaum Barbar, namun jika dilihat dari nama ayahnya dapat dilihat bahawa Thariq mungkin sudah lama memeluk Islam. Tariq dikatakan seorang hamba kepada Musa Ibn Nusair yang dilantik oleh Musa sebagai panglima tenteranya. 

Pada peringkat awalnya, Tariq Ibn Ziyad hanya diangkat sebagai tentera biasa, namun hasil daripada kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam melakukan penerokaan pada tahap pertama menyebabkan beliau menjadi panglima agung. Namanya diabadikan untuk memberi nama sebuah semenanjung yang merupakan perbukitan karang setinggi 425 m iaitu Jabal Tariq (Gunung Tariq). 



3.2 PERANAN 

Peranan Tariq Ibn Ziyad dalam membawa kepada pembukaan peradaban Islam di Eropah memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Walaupun sejarah tentang peranannya seakan-akan mahu dilupakan dan semacam ingin diluputkan terus dalam ingatan, namun masih terdapat lagi beberapa pihak dan ahli sejarahwan yang tertarik dan berminat untuk mengkaji, meneroka dan menyelongkar tentang misteri dan seribu cerita di sebalik nama Tariq Ibn Ziyad. 

Hal ini kerana beliau memainkan peranan besar dalam membawa peradaban Islam keluar dari kepulauan negara Arab dan membawa sehingga ke Eropah dengan kejayaannya pasukan tentera Muslim dibawah pimpinannya berjaya menakluki beberapa kawasan di benua Eropah.



 3.2.1 MENGETUAI INVASI ATAU EKSPEDISI KETENTERAAN. 

Peranan yang paling besar dan menonjol Tariq Ibn Ziyad dalam membawa kepada pembukaan peradaban Islam di Eropah ialah dalam mengetuai pasukan muslim Umaiyyah dengan bertindak sebagai panglima tentera Islam dalam melakukan penerokaan atau ekspedisi ketenteraan menawan benua Eropah. 

Penyerangan yang dilakukan Tariq Ibn Ziyad dilancarkan setelah diadakan pengintipan oleh Tariq bin Abdul Malik An-Nakha’i. Pada tahun berikutnya barulah Musa Ibn Nusair memerintahkan Tariq Ibn Ziyad untuk meneruskan penerokaan dan penjelajahan secara besar-besaran dengan membawa bersama dengannya pasukan yang lebih besar. Kebetulannya di Andalusia sedang berlaku masalah dalaman iaitu perebutan kekuasaan. Raja Roderick (711) yang merebut singgahsana kerajaan Visigoth.

Keadaan ini memberi kesempatan kepada Tariq Ibn Ziyad untuk terus mara menakluki Andalusia dan mencapai sasarannya. Sehubungan dengan itu, pada Rejab 97 (Julai 711), Tariq Ibn Ziyad mendapat perintah dari Gabenor Afrika Utara iaitu Musa Ibn Nusair setelah mendapat keizinan daripada khalifah al-Walid untuk mengadakan penyerangan ke semenanjung Andalusia. Tariq Ibn Ziyad bersama dengan 7000 orang tentera yang kebanyakannya terdiri dari suku kaum Barbar yang mahsyur dengan sifat degil dan berani berperang. 

Kehadiran tentera Islam untuk kali kedua ini jiga telah mendapat bantuan dan kerjasama daripada Jullian. Orang Yahudi juga dilaporkan turut membantu kemasukan tentera Islam ke Andalus. Mereka telah menyampaikan rahsia kekuatan bala tentera Visigoth kepada pihak Islam sebagaimana yang terjadi semasa penaklukan kota Toledo. Ada juga di kalangan Arab berjaya mencipta sejarah yang di luar dugaan termasuk juga oleh Musa Ibn Nusair sendiri yang tidak menyangka bahawa tentera di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad berjaya menakluki beberapa wilayah dan kota di benua Eropah.

No comments:

Post a Comment