Thursday, June 20, 2013

KUASA EROPAH DIBERI AMANRAN

BEIRUT 18 Jun - Presiden Bashar al-Assad semalam memberi amaran bahawa negara-negara kuasa Eropah 'akan menerima padah' jika mereka menghantar senjata kepada pemberontak Syria.


Bercakap dalam wawancara dengan akhbar harian Jerman, Frankfurter Allgemeine Zeitung, beliau berkata, jika negara Eropah menghantar senjata kepada pemberontak, benua itu akan menjadi sasaran pengganas dan menerima padahnya.


"Kegiatan pengganas akan kembali dengan tektik yang ganas serta ideologi melampau," katanya.
Beliau yang memetik satu kumpulan pemberontak, Barisan Nusra berkata, kumpulan itu mempunyai ideologi sama seperti al-Qaeda dan 'mahu menubuhkan negara Islam'.
Assad turut menafikan dakwaan Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis yang menuduh tenteranya menggunakan senjata kimia terhadap rakyatnya sendiri.
"Jika Paris, London dan Washington mempunyai bukti, mereka mungkin telah mendedahkannya kepada umum.


"Sebarang tuduhan penggunaan senjata kimia ke atas Syria adalah satu penipuan dan hanya satu cubaan melaksanakan campur tangan ketenteraan." ujar Assad.
Beliau berkata, tuduhan bahawa tenteranya menggunakan senjata kimia tidak masuk akal jika angka korban hanya 150 orang seperti yang didakwa AS. - 

No comments:

Post a Comment