Monday, June 17, 2013

3 TAHUN SAHAJA



1. Pengalaman saya menegendalikan facebook sejak 3 tahun lalu dengan pelbagai warna posting dan gaya status. Saya telah temui 1001 satu jenis dan kategori pemikiran manusia melalui komen, ulasan, kritikan, teguran, nasihat, sokongan, herdikan, cacian dan nista yang dihamburkan. 

2. Begitulah rencamnya pemikiran masyarakat diluar sana. Aneka karenah dan ragam pembaca yang melintas di laman sosial milik saya ini. Saya banyak mempelajarinya malah mengambil iktibar darinya. Meskipun saya tidak punya banyak masa untuk menjawab, tetapi paling tidak saya akan membaca keseluruhan komen dan bahagian yang paling saya suka ialah bahagian kritikan pedas dan keras.

3. Sungguhpun pada saat - saat tertentu, kritikan mereka membuatkan hati saya menangis sendirian kerana terhiris, namun saya tetap akan mengagahkan diri untuk mempelajari sesuatu dari kritikan tersebut. Seringkali kali saya tidak menjawab balas semua kritikan itu kerana saya menghayatinya secara sendirian. Namun ada ketikanya saya ambil masa menjawab dan memberi pencerahan.

4. Saya ucap terima kasih kepada semua pengunjung samaada terdiri dari rakan - rakan seperjuangan mahupun "pengkritik tetap" kerana hadirnya mereka, paling tidak menyerikan wall ini dan saya menikmati apa jua komen mereka. Malah saya turut mengambil tindakan tertentu sebagai respon dari komentar yang dikemukakan. Walaupun saya tidak menjelaskan bahawa ia adalah hasil komen-komen yang saya terima tetapi hakikatnya terdapat tindakan saya dan DPPM adalah hasil kritikan dalam facebook ini.

5. Insyaallah, ada masa kelak dan mungkin di musim cuti sekolah akhir tahun ini, saya nak anjurkan gathering fan club saya yang terdiri dari sebahagian besar pengunjung facebook ini. Kita santai sambil beramah mesra meskipun berbeza latar politik dan akademik. Are you ready ...

No comments:

Post a Comment