Tidakkah kaum melayu sedar bahawa keturunan mereka ini dahulu adalah "pendatang tanpa izin" yang di bawa masuk oleh Inggeris secara haram.
Adalah tidak wajar untuk memaksa kaum asing fasih berbahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu di Malaysia. Namun jika ada yang fasih dikalangan mereka adalah satu bonus kepada kaum mereka sendiri.
Saya tidak ada masalah jika Dong Zong hendak kekalkan bahasa mereka disetiap lidah kaum cina. Itu adalah pilihan mereka dan kita tidak boleh memaksa keturunan kaum pendatang asing menurut kehendak kita, bukannya mereka hendak tukar perlembagaan Malaysia bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.
Di kalangan masyarakat Cina di negara ini, pembabitan aktif Persatuan Gabungan Guru Sekolah China (Jiao Zong) dan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah China (Dong Zong) dalam memperjuangkan pendidikan bahasa ibunda, tidak lagi asing bagi mereka.
Namun begitu, di kalangan masyarakat bukan Cina, tidak banyak yang mereka tahu mengenai kedua-dua pertubuhan yang juga dikenali sebagai Dong Jiao Zong, sehinggalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sewaktu sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2000, yang disiarkan secara langsung di televisyen, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah mengibaratkan kedua-dua persatuan itu dan sebuah lagi kumpulan lobi, Suqiu, seperti "komunis" dan "ekstremis".
Malah, semasa perhimpunan agung Umno bulan lalu, seorang pemimpin Pemuda Umno memberi amaran kepada kedua-dua badan pendidikan Cina itu bahawa mereka juga akan menerima nasib sepertimana Suqiu, sekiranya mereka terus berkeras untuk memperjuangkan pendidikan bahasa ibunda mereka.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa Dong Jiao Zong selalu bertelagah dengan pihak berkuasa, dan yang terbaru ialah mengenai pelaksanaan sekolah wawasan dan cadangan penggunaan bahasa Inggeris untuk matapelajaran matematik dan sains di sekolah mulai tahun depan.
Bagaimanapun, mereka yang mengenali Dong Jiao Zong secara lebih dekat, tentunya faham bahawa "pertelagahannya" dengan pihak kerajaan mengenai dasar pendidikan, bukanlah sesuatu yang baru, malah telah berterusan sejak beberapa dekad yang lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Dong Zong, Bock Tai Hee berkata, percanggahan pendapatan di antara para pendidik dalam persatuan itu dengan pihak kerajaan kini seolah-olah sudah menjadi 'sebahagian' daripada Jiao Zong sejak ia ditubuhkan pada 1951, dan diikuti dengan penubuhan Dong Zong pada 1954.
Kebimbangan para pendidik
"Misi kami untuk melindungi pendidikan bahasa ibunda dalam masyarakat majmuk, tidak pernah berubah, dan begitu juga dengan usaha berterusan kerajaan untuk mewujudkan sistem pendidikan satu bahasa, dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengajar," kata Bock.
Hakikatnya ialah "percanggahan pendirian" di antara persatuan dan kerajaan akan berterusan selagi tiada wujudnya sebarang sifat bertolak-ansur. Malah, ianya nampaknya semakin "sengit" sejak kebelakangan ini.
Matlamat yang diperjuangkan oleh Jiao Zong, melebihi fungsinya sebagai sebuah kesatuan yang memperjuangkan kebajikan ahli-ahlinya.
Pada masa lalu, para guru mendapat penghormatan yang tinggi di mata masyarakat Cina dan mereka dilihat sebagai "pemelihara pendidikan bahasa Cina". Hakikatnya ialah Jiao Zong sebenarnya wujud bagi membendung 'kebimbangan" terhadap masa depan pendidikan bahasa Cina ketika itu.
Mereka merasakan kedudukan mereka dan status pendidikan bahasa Cina telah terancam apabila kerajaan penjajah British menerbitkan Laporan Barnes yang mengandungi cadangan mewujudkan sistem pendidikan nasional, beraliran Inggeris dan Melayu di peringkat sekolah rendah, dan aliran Inggeris di peringkat sekolah menengah.
Selain faktor itu, Jiao Zong ditubuhkan sebelum Kemerdekaan apabila 6,000 guru yang mengajar di kira-kira 1,200 sekolah Cina di Persekutuan Tanah Melayu, menerima gaji yang kecil di antara $65 hingga $120 sebulan sedangkan guru di sekolah aliran Inggeris dibayar $240 hingga $400.
Jadi, sejak awal penubuhannya lagi, Jiao Zong sudah bertekad untuk "memelihara kebudayaan dan pendidikan Cina dan bekerjasama dengan kerajaan ke arah memajukan lagi pendidikan Cina, di samping menyelesaikan masalah-masalah seperti gaji kecil, dan rasa tidak selamat di kalangan para guru," sepertimana yang tercatat dalam manifesto penubuhannya.
Taat setia
Salah seorang pejuang kuat ideolog ini ialah presiden Jiao Zong ketika itu, Lim Lian Geok(kiri), yang merupakan generasi pertama masyarakat Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu.
Dong Zong pula yang mewakili ahli jawatankuasa dan pengurusan sekolah tersebut. Kebanyakan mereka yang merupakan ahli perniagaan yang membiayai operasi sekolah-sekolah Cina ketika itu, turut menyokong ideologi Lim, dan seterus mewujudkan pakatan dengan Jiao Zong.
Bagaimanapun, kerajaan British, dan kemudiannya kerajaan Perikatan, melihat Dong Jiao Zong sebagai satu simbol penentangan terbuka terhadap dasar pendidikan dan lantaran itu ia sering dikaitkan dengan pergerakan radikal berhaluan kiri.
Lagi pun, kebanyakan anggota barisan pemimpin pertama Dong Jiao Zong adalah mereka yang berasal dari Tanah Besar China, yang masih kuat terpengaruh kebudayaan dan politik China ketika itu.
Menyedari pendirian rakan-rakannya itu, Lim merebut peluang itu untuk memperjuangkan satu bentuk identiti politik dan taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Salah satu petikan dalam ucapan yang dibuatnya pada 1955 ialah "Kami, orang Cina, yang dilahir dan dibesarkan di sini, sudah menerima Tanah Melayu sebagai rumah kami; kami mesti mengambil berat mengenai masa depan Tanah Melayu, apatah lagi kami mesti mengambil berat mengenai kebajikan semua penduduk Tanah Melayu".
Dalam tahun 1956, bagi menguatkan lagi keyakinan itu, Lim telah menyiarkan ucapan Selamat Hari Raya Puasa dalam akhbar Utusan Melayu, sebuah akhbar utama berbahasa Melayu, di mana beliau memberitahu "rakyat pendatang" supaya "menyemai sikap menerima Tanah Melayu sebagai 'rumah' utama (kerana) nenek moyang kita adalah anak ibunda Tanah Melayu".
Peranan MCA
Inisiatif itu mungkin disambut baik oleh pihak British dan kerajaan Perikatan. Namun, semua itu tidak menyekat niat kerajaan untuk menggabungkan sekolah Cina ke dalam sistem pendidikan negara yang menggalakkan pewujudan sistem pendidikan satu aliran, ke arah membina masyarakat yang bersatu-padu.
Sehubungan itu, satu skim gaji yang baru diperkenalkan bagi memperbaiki perkhidmatan perguruan dalam usaha pihak berkuasa untuk memantau perkembangan sekolah Cina.
Bagaimanapun, sejak tahun 1950-an, hubungan baik di antara pihak kerajaan dan Dong Jiao Zong menerusi "orang tengah" iaitu MCA, sebuah parti komponen yang mewakili masyarakat Cina dalam Perikatan, mulai terjejas.
Selepas pilihanraya umum 1959, Dong Jiao Zong tidaklah dijemput menghadiri rundingan-rundingan dengan pegawai pendidikan yang diusahakan oleh MCA seperti sebelumnya.
Sementara itu, Jawatankuasa Talib yang ditubuhkan untuk menyemak semula dasar pendidikan negara, telah membuat perakuan bahawa hasrat masyarakat lain untuk meneruskan pendidikan ibunda masing-masing, adalah tidak sesuai dengan usaha mewujudkan sebuah negara di mana Bahasa Melayu menjadi bahasa rasminya.
Laporan itu membuat perakuan supaya semua sekolah menengah Cina menukarkan bahasa pengantarnya supaya layak menerima bantuan kerajaan, atau terus beroperasi sebagai sekolah swasta.
Sekolah rendah yang menggunakan sama ada bahasa Mandarin atau Tamil dikekalkan. Tetapi kewujudan mereka adalah mengikut Peratusan 21(b) Akta Pendidikan 1961, yang menyebut bahawa Menteri Pendidikan boleh mengarahkan pertukaran bahasa pengantar jika didapati perlu berbuat demikian.
Berdasarkan laporan itu, kerajaan Perikatan melancarkan kempen yang membabitkan pegawai jabatan pendidikan di peringkat negeri, dan pemimpin MCA untuk memujuk pihak pengurusan sekolah menengah Cina supaya menukarkan bahasa pengantar Mandarin bagi memboleh mereka menerima bantuan subsidi, prospek pekerjaan yang baik untuk para pelajarnya, dan gaji yang lebih tinggi untuk para gurunya.
Sekolah bebas
Lim menentang usaha itu dengan menggesa semua sekolah terbabit supaya menolak bantuan kerajaan dan terus beroperasi sebagai sekolah swasta. Pertelingkan di antara pemimpin MCA dan Jiao Zong mengenai perkara itu, telah mendapat liputan meluas dalam media berbahasa Cina.
Bertitik-tolak dari situ, Dong Jiao Zong mula mendapatkan sokongan daripada masyarakat Cina, apabila permit mengajar Lim dibatalkan dan kemudian taraf kerakyatannya ditarik balik sehinggalah dia meninggal dunia pada 1985.
Akhirnya, 55 sekolah menengah Cina menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dan status mereka ditukar menjadi sekolah kebangsaan. Bagaimanapun, 16 lagi sekolah mengambil keputusan untuk terus menjadi sekolah swasta.
Dong Jiao Zong bagaimanapun, tidak menanggapnya sebagai satu "kekalahan" kerana kebanyakan daripada 16 sekolah Cina yang kekal sebagai sekolah swasta adalah terdiri daripada sekolah-sekolah yang terkenal ketika itu.
Sebaliknya, persatuan itu berjaya membantu memulihkan 21 daripada 55 sekolah Cina yang sebelum ini bersetuju menjadi sekolah kebangsaan, kepada "versi sekolah bebas".
Dengan mencampurkan 21 sekolah berkenaan,dengan 16 sekolah yang kekal sebagai sekolah persendirian, dan 23 lagi sekolah yang sama di Sabah dan Sarawak, maka jumlah keseluruhan sekolah bebas di Malaysia sekarang ialah 60 buah.
Mulai tahun 1960-an, apabila guru sekolah Cina diserapkan ke sekolah kebangsaan dan menerima bayaran gaji di bawah skim perkhidmatan baru, maka ahli dan pemimpin Jiao Zong menyedari bahawa kedudukan mereka sebagai "kakitangan kerajaan" tidak lagi membolehkan mereka menyuarakan dengan lantang isu-isu berkaitan dengan pendidikan.
Bock menyifatkan tindakan menarik balik kerakyatan Lim dan penukaran status sekolah menengah Cina itu "sebagai antara faktor yang mewarnakan hubungan di antara Dong Jiao Zong dengan pihak kerajaan"
Peranan kepimpinan dalam Dong Jiao Zong adalah dikendalikan oleh Dong Zong, sebuah pertubuhan yang menarik lebih ramai ahli profesional untuk menyertainya.
Hak asasi manusia
Tidak seperti pemimpin sebelumnya yang merupakan ahli perniagaan yang tidak berpendidikan, kepimpinan baru Dong Zong mula mengambil pendekatan baru dalam usaha memelihara pendidikan bahasa Cina dan lebih lantang memperjuangkan isu-isu masyarakat.
Pendidikan ibunda, menurut definasi mereka, ialah sebahagian daripada hak asasi manusia sepertimana yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tetapi ini tidak bererti mereka tidak menghadapi masalah dengan pihak kerajaan.
Pada 1987, Dong Jiao Zong mengumpul sokongan di seluruh negara untuk menentang tindakan kerajaan melantik golongan Cina yang tidak tahu berbahasa Mandarian, sebagai kakitangan pentadbiran di sekolah rendah Cina.
Pada bulan Oktober tahun yang sama, lima pemimpin dan aktivis Dong Jiao Zong, termasuk presidennya, Lim Fong Seng, dan presiden Jiao Zong ketika itu, Sim Mow Yu (kanan), ditahan semasa Operasi Lalang, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Sim merupakan naib pengerusi Pemuda MCA sehingga dia dipecat daripada parti itu pada 1967. Beliau telah mencuba untuk menggesa kerajaan supaya menerima Mandarin sebagai bahasa rasmi, sejurus sebelum penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan.
Apabila dibebaskan selepas lapan bulan ditahan di bawah ISA, Lim berkata: "Untuk mengatakan bahawa masyarakat minoriti mesti tunduk kepada kekuatan politik masyarakat terbesar adalah sama seperti menganut ideologi ekstrim perkauman yang bertentangan dengan prinsip-prinsip demokrasi dan hak asasi manusia".
Dengan pendirian seumpama itu, maka percanggahan kepentingan di antara pihak berkuasa dan Dong Jiao Zong berterusan dalam perjuangannya dalam pelbagai isu sepanjang tahun 1990-an hingga sekarang.
No comments:
Post a Comment