Monday, May 6, 2013

YANG TERIMA BR1M ADALAH MEREKA YANG TIDAK LAYAK MEMBAYAR CUKAI


Panduan Cukai Pendapatan 2012 Anda


MAKLUMAT TERKINI : Bajet Malaysia 2013 kini telah diumumkan, dan beberapa perubahan kecil telah diperkenalkan! Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana cukai pendapatan anda telah berubah, click Bajet Malaysia 2013 artikel kami di sini!
Setiap penduduk Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan harus membayar cukai pendapatan mereka setiap tahun. Tetapi tahukah anda? Sebnarnya ada beberapa cara untuk anda meminimumkan cukai pendapatan anda!

Kelayakan Cukai Pendapatan

Adakah anda termasuk di dalam kategori yang perlu membayar cukai pendapatan atau income tax? Gaji tahunan anda merupakan titik kelayakan anda :
  • Jika pendapatan tahunan anda (termasuk semua bayaran manfaat, bonus, komisyen, dan overtime) melebihi RM29,775.00 (RM2,480 sebulan), anda layak dan perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
  • Jika pendapatan tahunan anda kurang daripada RM29,775.00, anda tidak perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Jika anda mendapati majikan anda membuat potongan gaji untuk pembayaran cukai, anda boleh menuntut semula kesemua penolakan itu.
Anda membayar cukai melalui Potongan Cukai Bulanan (PCB)? Selepas membaca artikel ini, anda mungkin perlu menyemak semula jumlah potongan kerana majikan anda mungkin sudah terlebih bayar (atau kurang bayar) cukai pendapatan anda. Teruskan membaca untuk penerangan lanjut! Gunakan Kalkulator Cukai Pendapatan kami untuk mendapatkan jumlah cukai pendapatan anda yang tepat (dan bandingkan jumlah itu kepada PCB untuk mengetahui sama ada anda terlebih atau terkurang bayar!)

Kalkulator Cukai Pendapatan

Jikalau anda mempunyai pekerjaan sendiri (Self-employed) dan menguruskan cukai dengan sendiri, anda juga berkemungkinan besar untuk terlebih atau terkurang bayar cukai; Mungkin ada rebat dan pelepasan cukai tambahan yang tertinggal di dalam pengiraan anda!

Kalkulator Cukai Pendapatan


Panduan ini adalah untuk cukai pendapatan January – Disember 2011.

Kadar Cukai Pendapatan Warganegara Malaysia 2012                                   

Cukai pendapatan penduduk Malaysia (termasuk individu yang bermastautin di negara Malaysia) mempunyai kadar yang berperingkat atau bersenggat (progressive), jadi semakin tinggi pendapatan bercukai anda, semakin tinggilah cukai yang harus anda bayar.
Untuk penduduk yang menetap di Malaysia kurang daripada 182 hari setahun, kadar cukai yang dikenakan ialah 26% ke atas semua pendapatan yang diterima di Malaysia dengan pengecualian beberapa jenis pekerjaan yang mempunya kadar yang lebih rendah : 15% untuk penghibur dan 10% untuk upah seperti servis peralatan, nasihat teknikal, dan bayaran sewa.
Untuk pengetahuan anda, pendapatan bercukai, gaji kasar, dan pendapatan tahunan menyeluruh (actual income) tidak memberi makna yang sama. Sebenarnya, jumlah pendapatan bercukai adalah kurang daripada yang lain.
Pendapatan BercukaiKadar CukaiCukai Kumulatif
RM0 – RM2,500
0%
RM0
RM2,501 – RM5,000
1%
RM25
RM5,001 – RM10,000
3%
RM175
RM10,001 – RM20,000
3%
RM475
RM20,001 – RM35,000
7%
RM1,525
RM35,001 – RM50,000
12%
RM3,325
RM50,001 – RM70,000
19%
RM7,125
RM70,001 – RM100,000
24%
RM14,325
RM100,001 and Above
26%

Menentukan Cukai Pendapatan Anda

Mengikut jadual di atas, jikalau pendapatan bercukai anda adalah RM20,000, cukai pendapatan anda akan menjadi RM475. Jumlah ini boleh didapati melalui dua cara:
Cara pertama : menambahkan jumlah kadar sa tu persatu (0% x RM2,500 + 1% x RM2,500 + 3% x RM10,000 = RM475)
Cara kedua : Melihat bahagian cukai kumulatif pada jadual di atas.
Sebagai contoh, jika pendapatan bercukai anda adalah RM25,000, cukai pendapatan anda akan menjadi RM475 + (7% x RM5,000) = RM475 + RM350 = RM825.

Apa itu Pendapatan Bercukai?

Pendapatan Bercukai = Pendapatan Penggajian – Pengecualian Cukai – Pelepasan Cukai

Contoh pengiraan pendapatan bercukai :
Gaji : RM60,000
Faedah bank : RM1,000
Pendapatan Sewa Rumah : RM10,000
Pendapatan Penggajian = RM71,000
Pelepasan Cukai Individu + Pelepasan Cukai KWSP (penolakan maksimum adalah RM6,000) : RM9,000 + RM6,000
Kesemua faedah bank dikecualikan daripada pengiraan cukai jadi pendapatan bercukai sebenar anda ialah :
71,000 – 1,000 (faedah bank) – (RM9,000 + RM6,000) = RM55,000
Dengan menggunakan jadual cukai di atas, jumlah cukai pendapatan adalah = RM3,325 + (19% x RM5,000) = RM4,275.00
*Kiraan di atas hanyalah contoh sahaja. Kalkulator kami dapat menolong anda mengira cukai pendapatan anda dengan lebih terperinci!

Apa itu Pendapatan Penggajian?

Pendapatan dan keuntungan daripada perdagangan, profesion dan perniagaan, gaji, ganjaran, pendapatan, dan keuntungan berasaskan gaji, dividen, faedah atau diskaun, sewa, royalti atau premium, pencen, anuiti atau bayaran berkala yang lain dan perolehan atau keuntungan yang berbentuk pendapatan yang tidak dinyatakan di atas.

Apa itu Pengecualian Cukai?

Pengecualian cukai boleh dibuat terhadap item-item ini:
Tambang Perjalanan
Manfaat Perubatan & Pergigian
Ganjaran Persaraan
Ganjaran yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awam
Ganjaran yang dibayar kepada pegawai kontrak
Pendapatan Pampasan Diberhentikan Kerja
Pencen (persaraan wajib umur atau atas sebab kesihatan)
Ganjaran Kematian
Biasiswa
Pendapatan Individu Yang Bermastautin di Malaysia
Faedah
Dividen
Royalti
Pendapatan Diremit Dari Luar Malaysia
Yuran Atau Honorarium Khidmat Pakar
Pendapatan Daripada Hasil Penyelidikan

Pelepasan Cukai

Sama seperti pengecualian cukai, pelepasan cukai boleh mengurangkan pendapatan bercukai anda.
Tanpa pelepasan cukai ini, pendapatan bercukai anda pasti akan menjadi lebih tinggi. Contoh : gaji anda pada tahun 2010 ialah sebanyak RM25,000. Tanpa pelepasan atau rebat cukai, cukai anda akan terus dikira daripada julah RM25,000 dan anda akan dikenakan cukai pendapatan sebanyak RM825.
Tetapi, kalau ditambah dengan pelepasan cukai (sebagai contoh pelepasan cukai individu sebanyak RM9,000), pendapatan bercukai anda akan menjadi RM25,000 – RM9,000 = RM16,000 dan cukai pendapatan yang perlu anda bayar sekarang sudah berkurangan kepada RM355! Anda boleh jimat sebanyak RM355 (dan mungkin lebih) setahun hanya dengan mengetahui jenis pelepasan cukai anda!
Termasuk di dalam potongan PCBRM
Individu dan saudara tanggungan9,000
Insurans hidup dan KWSP6,000
Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri3,000
Anak di bawah umur 18 tahun1,000
Total>15,000
Tidak termasuk dalam potongan PCB (Tetapi relevan kepada pembayar cukai)RM
Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.10,000
Yuran Pendidikan (Sendiri)5,000
Pembelian komputer peribadi untuk individu3,000
Tabungan bersih dalam skim SSPN3,000
Insurans pendidikan dan perubatan3,000
Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan1,000
Pemeriksaan perubatan penuh500
Yuran langganan Jalur Lebar500
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan300
Jumlah26,300
Tidak termasuk dalam potongan PCB
(tetapi relevan kepada sesetengah pembayar cukai)
RM
Individu Kurang Upaya6,000
Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, tanggungan, pasangan, atau ibu bapa)5,000
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati5,000
Anak Kurang upaya5,000
Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa5,000
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
4,000
Suami/Isteri kurang upaya3,500
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)1,000
Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa)1,000
Jumlah>35,500

Rebat Cukai (Tahun 2010)

Apakah perbezaan rebat cukai dan pelepasan cukai? Pelepasan mengurangkan pendapatan bercukai anda, manakala rebat cukai mengurangkan kadar bayaran cukai pendapatan anda selepas semua pengiraan telah dibuat.

Pada tahun 2010, RM400 rebat cukai diberikan kepada pembayar cukai yang mempunyai pendapatan bercukai kurang daripada RM35,000.

Contoh:
Ali ialah seorang pekerja dan tidak mempunyai apa-apa tanggungan di bawahnya. Gaji kasar Ali ialah RM29,000 setahun dan setiap tahun Ali mendapat pelepasan cukai inividual sebanyak RM9,000 (mengikut kategori “individu dan saudara tanggungan”). Jumlah KWSP tahunannya adalah sebanyak RM3,190 (kurang daripada RM6,000 jadi kesemua jumlah KWSP termasuk dalam item pelepasan cukai). Pandapatan bercukai Ali sekarang? RM29,000 – RM9,000 – 3,190 = RM16,810. Jumlah cukai pendapatan yang sepatutnya dibayar Ali adalah sebanyak RM379.30.
Kerana Pendapatan bercukai Ali kurang daripada RM35,000, dia layak menerima RM400 rebat cukai (cukai yang perlu dibayar hanya RM379.30). Jadi pada tahun 2010, Ali tidak perlu membayar cukai pendapatan.

Apa itu Potongan Cukai Bulanan (PCB)?  

Potongan cukai bulanan atau PCB ialah satu mekanisme yang membolehkan majikan membuat bayaran cukai pendapatan secara bulanan untuk pekerja. Potongan ini bertujuan untuk mengurangkan beban pekerja membayar cukai sekaligus apabila cukai dikira. PCB berbeza daripada KWSP (KWSP selalunya ditolak daripada gaji dahulu, kemudian baru PCB). PERKESO tidak termasuk dalam PCB ini.
Pengiraan PCB ini dibuat berdasarkan jumlah gaji kasar – KWSP (penolakan maksima KWSP ialah RM6,000) tahunan. Jikalau anda menambah jumlah PCB anda untuk setahun tanpa mengambil sebarang potongan lain (seperti rebat cukai), jumlah PCB itu akan menjadi bersamaan dengan cukai pendapatan yang anda harus bayar dalam tahun itu :
Contoh 1 :
Ah Chong (tahun 2010) – Tidak berkahwin, tiada tanggungan dan menerima gaji kasar sebanyak RM3,100 sebulan. Selepas potongan KWSP sebanyak RM330 sebulan, gaji Ah Chong yang akan diambil kira untuk PCB adalah sebanyak RM2,759. Jadi jumlah potongan PCB Ah Chong adalah sebanyak RM31(hasil kiraan LHDN).
Ah Chong
Gaji Kasar
Gaji PCB (selepas pemotongan KWSP)
Jumlah PCB
Jumlah Cukai Pendapatan Sebenar
Terlebih / Terkurang Bayar
Jumlah Bulanan
RM3,100.00
RM2,759.00
RM31.00
RM30.21
RM0.79
Jumlah Tahunan (2010)
RM37,200.00
RM 33,108.00
RM372.00
RM362.56
RM9.44
Contoh 2 :
Aimi (tahun 2010) – tidak berkahwin, tiada tanggungan dan menerima gaji kasar sebanyak RM5,000 sebulan. Mengikut pengiraan sebenar, pemotongan KWSP Aimi adalah RM550 sebulan. Tetapi di bawah undang-undang cukai 2010 yang baru, jumlah maksima potongan KWSP tidak boleh melebihi RM500 sebulan atau RM6,000 setahun. Jadi gaji yang diambil kira untuk PCB Aimi adalah RM4,500 dan mengikut kiraan LHDN PCB Aimi adalah sebanyak RM224 sebulan.
Aimi
Gaji Bersih
Gaji PCB (selepas pemotongan KWSP)
Jumlah PCB
Jumlah Cukai Pendapatan Sebenar
Terlebih / Terkurang Bayar
Jumlah Bulanan
RM5,000.00
RM4,500.00
RM224.00
RM227.08
RM(3.08)
Jumlah Tahunan (2010)
RM60,000.00
RM54,000.00
RM2688.00
RM2725.00
RM(37.00)
Untuk kes kedua-dua Ah Chong dan Aimi, perbezaan di antara PCB dan jumlah sebenar cukai pendapatan tidak begitu ketara. Biasanya PCB dikira berdasarkan Jadual PCB (LHDN) dan kaedah pengiraan berkomputer tetapi selain daripada status berkahwin dan jumlah tanggungan pekerja, majikan selalunya tidak memasukkan maklumat untuk rebat dan pelepasan cukai lain (seperti laptop, derma, dll). Ini boleh menyebabkan cukai pendapatan tahunan anda menjadi lebih tinggi daripada yang sepatutnya!
Peringatan: Perkara yang sebaliknya mungkin juga berlaku. Jikalau anda menerima bonus dan MBB atau manfaat berupa barangan (seperti kereta, pen mahal atau rantai) yang sepatutnya dimasukkan ke dalam pengiraan cukai pendapatan, PCB anda mungkin terkurang bayar.

Bilakah Masa Yang Sesuai untuk Menghantar Fail Cukai Pendapatan?

Pembayaran cukai pendapatan perlu dibuat setahun sekali, jadi cukai untuk tahun 2011 akan mula dikira dari januari hingga Disember 2011. Bila pula masa pembayarannya? Cukai pendapatan 2011 boleh mula dibayar pada bila masa-masa di dalam lingkungan 1 Januari hingga 30 April/Jun 2012. Jadi untuk cukai pendapatan 2012 pula, masa bayarannya adalah di antara Januari hingga April/Jun 2013!
Perkara Yang perlu disemak:
  • Semak PBC anda : anda mungkin terlebih atau terkurang bayar cukai anda. Anda sepatutnya menerima satu boring penyata pendapatan yang menyatakan jumlah gaji dan PBC daripada majikan.
  • Berapa jumlah sebenar cukai anda? Guna kalkulator kami untuk menentukan jumlah tepat cukai pendapatan anda.
  • Jangan lupa untuk menghantar fail cukai pendapatan anda! Anda boleh memuat turun borang anda dari laman web LHDN.
  • Segala tuntutan/pembayaran semula akan disalurkan terus kepada anda. Jikalau anda masih belum menerima pembayaran yang sepatutnya, e-mel LHDN di callcentre@hasil.gov.my.
  • Simpan segala rekod anda! Anda harus menyimpan rekod cukai pendapatan anda selama sekurang-kurangnya 7 tahun.
Disclaimer: Panduan di atas hanyalah untuk rujukan dan perkongsian informasi sahaja. Kami tidak memberi perkidmatan cukai ejen dan tidak mempunyai lessen bertauliah untuk memberi nasihat profesional. Untuk status cukai anda, sila merujuk kepada agen cukai yang bertauliah. Kami juga tidak menyokong pelarian cukai.

No comments:

Post a Comment