Bahan2 asas kehidupan.... Eloklah simpan dirumah mana la tahu kot-kot suatu masa diperlukan...
1 - Beras untuk minima sebulan
2 - Bihun/Mee segera/Spaghetti
3 - Kicap/Sos
4 - Garam, Gula, teh, kopi
5 - Minyak tanah
6 - Lilin yang mencukupi untuk sebulan
7 - Tembakau dan daun pucuk
8 - Parang dan kayu yang runcing
9 - tukul
10 - Mancis, lighter
11 - tong simpanan air minuman
12 - Lampu suluh dan bekalan bateri mencukupi
13 - Bahan2 makanan kering seperti ikan masin, ikan bilis, keropok
14 - bahan2 makanan dalam tin
15 - Kekacang seperti kacang hijau, kacang merah
16 - Minyak masak
17 - Isi minyak kereta penuh2
18 - Tong untuk mengisi air basuhan yang boleh dikitar semula dalam tandas.
19 - Walkie-talkie
Sila pastikan barang-2 kemas anda disimpan dengan elok kerana wang kertas mungkin tiada nilai, Emas adalah matawang sejagat.
Dalam keadaan darurat - 2 - 7 hari pertama adalah genting. Kebiasaannya keadaan akan terkawal pada hari ketiga apabila tentera mengawal keadaan dan undang-undang tentera dikuatkuasakan. - Perlembagaan dan Undang-Undang akan digantung. Sila ikut arahan!
Dalam keadaan martial laws, anda dibenarkan untuk keluar rumah bagi mencari bahan makanan dan keperluan bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Kebenaran ini adalah terpulang kepada pentadbiran tentera.
Dalam keadaan huru-hara, nilai matawang tidak laku... Sila pastikan anda mempunyai emas yang mencukupi untuk membeli barang keperluan.
Anda dinasihatkan sentiasa bersama keluarga dalam apa jua keadaan. Tunggu arahan pihak berkuasa yang kebiasaannya akan dihebahkan melalui pembesar suara.
TV dan radio tidak akan beroperasi, begitu juga dengan sistem telekomunikasi seperti telefon bimbit atau internet. Bekalan elektrik juga akan diputuskan dikawasan tertentu.
Sentiasa membawa kad pengenalan dan surat beranak anak-anak anda sekiranya keluar.
Pintu keluar masuk kawasan tertentu akan ditutup sehingga arahan dikeluarkan.
Apabila keadaan sudah terkawal - MAGERAN akan mengambilalih pentadbiran selama 2 tahun (kebiasaanya) sebelum demokrasi ditegakkan semula.
No comments:
Post a Comment