Wednesday, May 8, 2013

PERDANA MENTERI JAWAB


- Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia mengenai sikap pengundi Cina yang termakan hasutan DAP sehingga menolak kerajaan Barisan Nasional (BN), turut bertanya laporan akhbar-akhbar Cina berhubung isu perkauman.
‘‘Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina? Adakah anda kata sesetengah orang memperkatakan benda yang betul setiap masa," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau ditanya oleh seorang wartawan mengenai berita muka depan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk ‘Apa lagi orang Cina mahu?

Wartawan itu menanyakan tiga kali soalan yang sama sehingga akhirnya Perdana Menteri memberikan jawapan berkenaan.

Laporan dalam Utusan Malaysia hari ini menyebut walaupun DAP menang banyak kerusi tetapi masih belum berpuas hati dan mahu mengadakan protes menerusi perhimpunan haram.

Kelmarin, pakatan pembangkang yang diketuai DAP menganjurkan ‘Silent Walk’ bagi memprotes keputusan pilihan raya di pusat beli-belah di Kuala Lumpur, Prai dan Pulau Pinang.

Akhbar-akhbar berbahasa Cina diketahui sering menyiarkan laporan yang bersifat perkauman termasuk memperlekehkan kepimpinan orang Melayu dalam pentadbiran negara.


No comments:

Post a Comment