Friday, November 15, 2013

GOLONGAN ULAMA GESA PAS KELANTAN SEGERA LAKSANA HUDUD

Golongan ulama kelantan kesa pas segera laksana hudud 

Kerajaan Pas Kelantan digesa segera menunaikan janji melaksanakan hukum hudud di negeri ini yang dibuat sejak lebih 20 tahun lalu.

Gesaan itu disuarakan beberapa guru agama di negeri ini berikutan Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan semalam menyatakan mempunyai kemudahan mencukupi untuk melaksana hukum Islam tersebut.

Pengasas Pondok Sungai Ular, Tumpat, Zainal Abidin Awang berkata, kerajaan Pas Kelantan sepatutnya sudah lama melaksanakan hukum hudud di negeri ini memandangkan perkara itu merupakan janji utama Pas sekiranya berjaya memerintah Kelantan dalam Pilihan Raya Umum 1990.

"Semua orang masih ingat janji pemimpin Pas dalam kempen pilihan raya itu yang akan melaksanakan hudud 'sebelum ayam berkokok' sekiranya mereka menang, tapi sampai sekarang masih gagal, pelbagai alasan dan helah diberikan setiap kali isu hudud dibangkitkan.

"Tiada alasan bagi kerajaan negeri berdolak-dalik dalam perkara ini kerana draf undang-undang tersebut diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), malah ditandatangani Tuanku (Sultan Kelantan) pada 1996," katanya.

No comments:

Post a Comment