Wednesday, May 8, 2013

TOLAK PERHIMPUNAN HARAM DI KELANA JAYA

13 Mei : Hari Persaudaraan


1. Detik sejarah hitam negara yang tercetus pada 13 Mei 1969 telah meninggalkan kesan mendalam untuk pembentukan masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera. Pencinta keamanan pastinya resah dengan percubaan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menghidupkan kembali sentimen 13 Mei dengan tragedi perkauman berdarah.

2. Justeru itu saya menyeru semua pihak terutama generasi muda agar tidak diulang pengalaman ngeri ini saat kita menikmati keamanan dan kesejahteraan hidup biarpun tidak sempurna sebagaimana yang diidamkan.

3. Detik 13 Mei selayaknya dihadapi dan diingati sebagai "Hari Persaudaraan" kerana mengambil iktibar dari kesan api fitnah perkauman yang keterlaluan. Hari ini generasi kita mesti menolak sepenuhnya seruan, tulisan, provokasi, himpunan dan tindakan yang berbau perkauman.

Pihak berwajib jangan memandang sepi dan mengambil mudah realiti ini. Bersamalah kita bangunkan negara
dan memaju-makmurkan rakyat dalam negara ini.

Nasrudin Hassan
Ketua DPPM

1 comment:

  1. Terima kasih tuan atas nasihat yang bernas

    ReplyDelete