Tuesday, January 24, 2017

PAS TOLAK CINTA DAP



Pas memberi isyarat bahawa parti itu menolak salam perdamaian yang dihulurkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang memandangkan pengkhianatan yang dilakukan oleh parti itu masih berbekas.

Mohd Khairuddin Aman Razali
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, selain itu agenda anti-Islam yang sinonim dengan DAP juga tidak dapat diterima oleh Pas kerana ia merosakkan kerangka negara ini.

“Kit Siang tidak perlu bermadah dengan kata-kata untuk menyelamatkan Malaysia. Pengkhianatan DAP terhadap Pas ketika di dalam pakatan sudah cukup sebagai isyarat bahawa DAP bukan rakan politik yang baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Penasihat DAP itu berkata, dia sanggup bekerjasama sekali lagi dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika Abdul Hadi bersedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia.

Sebelum ini, DAP mengambil keputusan memutuskan hubu­ngan dengan Abdul Hadi berikutan tindakan Pas yang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan dan pada masa sama DAP menuduh Abdul Hadi sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur.

Menurut Mohd. Khairuddin, DAP boleh mengajak mana-mana parti lain yang boleh berkompromi dengan dasar sosialis dan pragmatik parti itu khususnya PAN yang setia kepada DAP untuk menjalinkan kerjasama.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, Pas bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti dengan syarat agenda utama parti itu mesti konsisten dengan perjuangan Islam yang menjadi keutamaan Pas.

“Pas konsisten dengan agenda Islam, parti yang ingin bersama dengan Pas mesti mengikut syarat ini. Pas tiada masalah kalau syarat ini dipersetujui,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment