Sunday, May 12, 2013

MOTIVASI CUTI SEKOLAH



DAFTAR Kursus Motivasi Alihan Pelajar bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi pada musim Cuti Sekolah Mei-Jun 2013 dibuka sekarang! Layari www.laman-map.com atau hubungi 016-5580619 atau 016-5580719.

Biar saya beritahu kenapa pada Tahun 1995 saya berhenti bertugas sebagai pensyarah di USM dan mula libatkan diri dalam bidang motivasi.

Ketika saya seorang pensyarah, saya mengajar subjek 'Strength Of Materials'. Subjek ini WAJIB lulus bagi mereka yang mahu jadi jurutera. Dalam dewan kuliah saya ada lebih 400 orang pelajar. 70% pelajar Melayu, 20% Cina dan 10% India.

Apa yang berlaku, pelajar Cina dan India, dalam dewan kuliah ambil kerusi depan. Pelajar-pelajar melayu duduk belakang-belakang. Pelajar Melayu yang rebut kerusi depan semuanya pelajar perempuan.

Semakin hari kedatangan semakin kurang, pelajar melayu lelaki ramai ponteng kuliah. Saya adakan masa 3 hari seminggu untuk pelajar datang jumpa saya untuk bertanya apa sahaja. Yang datang Cina, India dan pelajar Melayu perempuan dan segelintir pelajar Melayu lelaki.

Apabila 'final exam'. Ramai pelajar melayu gagal subjek ini. Macam-macam alasan diberikan, soalan susahlah, tak fahamlah, dan sebagainya. Yang pelik, pelajar Cina dan India ramai yang score A.

Ketika itu saya berkata, apa nak jadi dengan bangsa ku? Sampai bila mesti ada sikap main-main, acuh tak acuh, sambil lewa. Kalau begini macam mana mampu bersaing dengan bangsa lain. Lalu saya letak jawatan pensyarah dan mulakan kursus MOTIVASI ALIHAN PELAJAR (www.laman-map.com atau 016-5580719)

Bermula dari hari itu, hingga sekarang, lebih daripada 100,000 pelajar mengikuti kursus MAP ini. Saya bangga dengan sebahagian besar anak didik saya yang berjaya dan mampu bersaing hari ini. Saya tidak mendidik mereka menjadi seorang yang mudah putus asa dan pemalas, sebaliknya saya didik mereka agar menjadi Muslim Hebat. Yang taat pada Allah, bersungguh-sungguh, faham konsep tawakal, menyayangi antara satu sama lain. Saya dorong mereka mengubah cara fikir dan sikap mereka.

Misi saya berjaya. Buktinya, dengarlah sebahagian daripada testimoni-testimoni ini:

Pelajar yang sertai program saya pada Tahun 2000 ketika berusia 15 tahun, kini berusia 28 tahun dan berjaya.
http://www.youtube.com/watch?v=B0485FVriMw&feature=player_embedded

Testimoni seorang ibu:
http://www.youtube.com/watch?v=UnyrUyEF4-M&feature=player_embedded

Testimoni seorang lagi ibu yang kebetulan menegur saya sewaktu di Pesta Buku 2013 di PWTC. Anaknya sertai kursus MAP masa usia 12 tahun dan kini sudah berusia 24 tahun:
http://www.youtube.com/watch?v=-9wIcG3C3fU

Testimoni bapa pula:
http://www.youtube.com/watch?v=8WD_mbrFYNU


Untuk Cuti Sekolah Mei-Jun 2013 ini, pihak kami akan menjalankan kursus di lokasi dan tarikh yang berikut:

Di Pusat Yayasan Dakwah Islamiah, Paroi, N9, 25 - 26 Mei 2013
Di Wisma Belia (MAYC), Kuala Lumpur pada 29 - 30 Mei 2013
MPC (Malaysian Productivity Centre), Bdr. Baru Uda, JB, 1 - 2 Jun 2013
Wisma Dr. Tengku Asmadi, Ipoh, Perak 8 - 9 Jun 2013

www.laman-map.com atau hubungi 016-5580619 atau 016-5580719.

Kepada anak-anak didik ku. teruskan perjuangan.
Bangkit Islam Bangkit!

Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad

No comments:

Post a Comment