Thursday, May 2, 2013

MALAPETAKA JIKA BN JATUH : PEGAWAI PENERANGAN PAS KELANTAN

Ustaz Abdul Hamid Derani seorang ahli Pas yang juga penceramah serta pegawai penerangan Pas Kelantan hari ini berkata beliau tidak akan memberi sokongan kepada partinya pada pilihanraya kali ini kerana berpendapat sekiranya Pakatan berjaya menawan Putrajaya maka malapetaka akan berlaku kepada negara ini. 
Add caption


Katanya ini kerana baru nak bertanding sahaja mereka sudah bertelagah sesama sendiri, dan sekiranya mereka membentuk kerajaan nanti mereka akan berbalah lagi mengenai siapa perdana, menteri, siapa menteri itu dan ini. Ini akan menyebabkan negara akan menjadi huru-hara.

Beliau berkata berkata beliau tetap akan menjadi ahli Pas dan menyerahkan kepada pimpinan Pas untuk mengambil tindakan terhadapnya kerana menyatakan pendapatnya.

Beliau juga berkata amat penting untuk orang Islam khususnya jangan mengundi Pas kerana Pas gagal dalam mengetuai Pakatan Rakyat dan menggugurkan segala perjuangan mereka demi persahabatan dengan DAP dan PKR. Dalam manifesto Pakatan juga perlaksanaan hudud dan penubuhan negara Islam tidak disebut dan umum mengetahui DAP dan PKR menentangnya.

No comments:

Post a Comment