Thursday, May 2, 2013

HUSAM BERMIMPI ???

Pas, komponen Pakatan Rakyat (PR) yakin boleh menguasai 54 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan pusat, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa, hari ini.

Menurut beliau, ia tambahan kepada 23 kerusi Parlimen yang disandang sekarang.

Kata Husam, pihaknya juga yakin akan memperoleh kemenangan tujuh kerusi tambahan, diyakini dimilik Pas ekoran sokongan ditunjukkan oleh pengundi Cina kepada calon parti berteraskan Islam itu.

"Kita ada lima kerusi panas yang akan dimiliki Pas termasuk Kuala Kangsar, Tasek Gelugor, Sepang, dan Dungun.

"... saya tak boleh sebut semua kerusi takut Barisan Nasional (BN) pergi buat kajian pula.

"...pengundi Cina bertambah di tahap maksimum di Sungai Besar, Selangor," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Husam yang juga calon kerusi Parlimen Putrajaya berkata, kerajaan PR boleh memerintah negara sama seperti kerajaan BN yang berteraskan Islam dan Melayu.

Namun beliau juga berkata, apa yang membezakannya kerajaan korup atau kerajaan yang bertakwa.

"Kita akan pimpin negara berteraskan Melayu-Islam apa yang beza PR dan BN, takwa atau korup, adil atau rasis?" katanya.
Pengundian PRU13 berlangsung Ahad ini.