Sunday, May 12, 2013

KOTA APA YANG DI KATA

Walau macamana baik sekali pun PAS dengan DAP, namun dihati mereka tahu DAP cukup anti Islam , cuma kebencian dan dendam kesumat mereka kepada UMNO menyebabkan mereka membutakan mata.


PAS seringkali mencanangkan agar UMNO kembali kepada Alquran dan Sunnah dahulu jika mahu berbincang mengenai perpaduan Islam. Tetapi mereka lupa atau pura-pura lupa bahawa Nabi SAW menyaran agar umat Islam patut terlebih dahulu menghulurkan salam perdamaian. 


Bukankah sepatutnya mereka terlebih dahulu berbuat baik kepada semua berbanding orang lain kerana mereka sering menjual "alquran dan Assunnah " ?
Mereka fahamkah apa itu maksud mengikut "AlQuran dan As Sunnah ?
Dan saya lihat pekara ini sudah dimulakan oleh KP PAS mempelawa lawannya dari UMNO di Temerloh bersama dalam menubuhkan panel perunding "Temerloh berkebajikan" .


Saya gemar menyarankan agar ustaz KP menitik beratkan kepada pengikut akan peri pentingnya perpaduan dan persaudaraan Islam.
Namun saya dapat bayangkan Ustaz KP bakal menghadapi ranjau berliku dalam memperjuangkan pekara seperti ini.
Betulkan jika saya salah , Wallahualam,
MFH

No comments:

Post a Comment