- Laporan awal ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kes rogol dan bunuh Nur Amyliana Shuhada Mohd. Noor, 11, yang mayatnya ditemukan di tempat meletak kenderaan di Bukit Tinggi, Klang pada 8 Mei lalu dijangka diperoleh minggu depan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, pihaknya menjangkakan laporan awal DNA itu diperoleh seawal Isnin atau Selasa.
"Sehingga kini kita belum mendapat petunjuk baharu termasuk lokasi suspek dirogol dan dibunuh. Laporan awal DNA yang bakal keluar nanti diharap dapat memberi petunjuk sekali gus membantu menyelesaikan kes ini," kata beliau ketika dihubungi hari ini.
Menurut Mohamad, selain sampel DNA dua suspek lelaki berusia 19 dan 24 tahun yang ditahan pada hari kejadian, pihaknya turut mengambil sampel DNA beberapa individu lain bagi membantu siasatan.
Pada 8 Mei lalu, mayat Nur Amyliana Shuhada atau lebih mesra dipanggil Cinang ditemui mati di tempat letak kenderaan Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi pada pukul 10.30 malam.
Beberapa jam selepas penemuan itu, polis menahan dua suspek lelaki yang merupakan pekerja kilang bagi membantu siasatan.
Kedua-dua suspek ditahan reman selama seminggu dan tempoh reman tersebut dilanjutkan tujuh hari lagi sehingga 20 Mei ini.
Polis turut mengambil keterangan lebih 20 individu berhubung kes tersebut.

No comments:
Post a Comment