Friday, April 19, 2013

PAS NAK BINA RUMAH RAKYAT , SELEPAS 23 TAHUN MEMERINTAH


Selepas 23 tahun memerintah tanpa membina rumah rakyat terutama kepada penduduk miskin dan berpendapatan sederhana di Kota Bharu, Kerajaan Pas Kelantan malam tadi akhirnya ‘mencipta sejarah’ apabila menyatakan hasrat untuk membina sebanyak 420 unit rumah kos sederhana kepada penduduk daerah Kota Bharu.
Takiyuddin-Hassan
Ironinya, pengumuman oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan itu dibuat ketika berceramah di Kampung Baru, Wakaf Mek Zainab di sini yang menjadi tapak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan untuk membina 1,000 unit rumah rakyat pada 15 Mac lalu.
Dalam usaha beliau untuk mengaburi mata penduduk Kota Bharu dan menagih sokongan politik, Takiyuddin yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini berkata, rumah tersebut dibina di tebing Sungai Kelantan atas arahan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, rumah yang akan dibina di kawasan seluas 2.2 hektar oleh Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan (SCDC) itu menelan kos sebanyak RM160,000 seunit tetapi akan dijual pada harga RM70,000 sahaja kepada rakyat yang berkemampuan selepas Kerajaan Pas Kelantan menanggung subsidi sebanyak RM90,000.
“Saya nak cakap sebagai balasan kepada dia kata tok guru ni tak pandai memerintah, tak pandai buat pembangunan untuk rakyat terutamanya rakyat miskin pada hal dia tahu rakyat Kelantan tahu tok guru walaupun tiada duit cari juga, bagi belaka walaupun sikit.
“Dan hari ini saya nak umum satu benda yang akan dibuat dalam kawasan Parlimen Kota Bharu, benda sama juga mereka (Kerajaan Pusat) nak buat rumah, tapi cuba tengok sama ke tidak dengan yang dia itu.
“Kerajaan ada tanah seluas 2.2 hektar terletak di bandar Kota Bharu, iaitu kalau tuan pergi ke tebing sungai ada Tambatan D’Raja, ada pejabat Kastam di belakang itu ada padang pasir, itu tanah kerajaan.
“Apabila tanah kerajaan, kerajaan minta agensi kerajaan iaitu SCDC untuk bangunkan tanah itu oleh kerana tanah itu nampak hodoh sangat orang pergi tengok tak comel kerajaan arahkan SCDC cantikan tebing itu, kita panggil woterfront,” katanya.
Sejak 30 Mac lalu, Kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan beberapa projek pecah tanah di seluruh negeri yang mendapat kritikan pelbagai pihak kerana didakwa dilakukan semata-mata mahu memancing undi bagi meraih kemenangan pada PRU-13 ini.
Projek pecah tanah itu bermula di Bukit Merbau, Pasir Puteh apabila Nik Abdul Aziz melancarkan pembinaan sebuah stadium bertaraf olimpik membabitkan kos RM320 juta.
Selepas itu, pada 8 April lalu, Nik Abdul Aziz bersama barisan Exconya turut melancarkan satu lagi projek pecah tanah di Gua Musang iaitu pembinaan bangunan Majlis Daerah Kuala Krai dengan kos RM6 juta.
Tiga hari selepas itu, Timbalan beliau, Datuk Ahmad Yakob pula melancarkan sebuah projek mega iaitu pembinaan Bandar Chintawangsa di Kuala Krai yang turut melibatkan pembinaan apartmen yang harganya mencecah ratusan ribu ringgit.
Dalam lawatan ke negeri ini bulan lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan berita gembira buat warga Kota Bharu bahawa rumah yang akan dibina berkeluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, yang dibina dengan kos kira-kira RM160,000 seunit, akan dijual pada harga hanya RM35,000 seunit selepas kerajaan memberi subsidi sebanyak RM125,000.