Saturday, April 20, 2013

AKHIRNYA PAS AKUI DAP KAFIR HARBI

Perjanjian & kerjasama PAS membenarkan logonya digunapakai oleh DAP di Semenanjung Malaysia (bukan Sabah & Sarawak) bagi menentang Barisan Nasional dianggap sinonim sebagai Perjanjian Hudaibiyyah di antara Muslimin Madinah dan Musyrikin Mekah. Demikian fatwa terbaru YAB Nik Abdul Aziz Nik Mat. Secara tidak langsung PAS mengiktiraf DAP sebagai kafir harbi yang sentiasa menentang Islam sebagaimana musyrikin Mekah (KAFIR HARBI) yang sentiasa memerangi Muslimin Madinah.

Hebatnya perjuangan PAS untuk meraih kuasa kan kan kan



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu telah membuat kajian ketika menyertai BN sebelum ini dengan mengambil kira tindakan Nabi Muhammad SAW dalam membuat perjanjian dengan penduduk Yahudi Madinah.
Kontrak yang dikenali dengan nama Perjanjian Hudaibiah itu "lebih teruk kerana Nabi banyak beralah," kata menteri besar Kelantan itu ketika menyampaikan amanat di kongres Angkatan Muda Keadilan di Kota Bharu hari ini.

Namun, demi menjaga keselamatan, baginda tetap menyetujui perjanjian bertulis tersebut, kata Nik Abdul Aziz lagi.
"Kita berkongsi dulu dengan BN, (kita) dapat tubuh kerajaan. Dengan (Semangat) 46 dulu pun dapat buat kerajaan dan sekarang dalam Pakatan pun dapat buat kerajaan.

"Oleh itu gangguan yang dibuat oleh Melayu Umno terhadap PAS tentang 
unity government memang ada asas.

"Tapi BN jadi bengong bila kita tahaluf dengan DAP... Sedangkan DAP pun Cina, MCA pun Cina," katanya lagi.

Dalam ucapan ringkas selama kira-kira lima minit itu, beliau turut mengambil peluang mengkritik BN kerana sering menggunakan undang-undang ISA dalam memenangi persaingan politik.

"Tapi jangan marah, jangan guna ISA. Guna ISA ini tanda orang mati akal," katanya lagi.


Zamzuri Mohamed Tahir

No comments:

Post a Comment