Monday, April 15, 2013

ISLAM TOLAK PERMUSUHAN

Saya tidak hairan org PAS menolak perpaduan dan persaudaraan dgn UMNO, kerna hanya orang yg beriman kepada Allah dan rasulNya akan menerima persaudaraan dalam Islam.


Kita sering menyebut dengan bangganya bahawa orang Islam adalah bersaudara. Kita petik ayat al-Quran yang berkata bahawa orang Islam hendaklah berpegang kepada tali Allah, iaitu agama Islam, dan janganlah bercerai-berai. Tetapi kadang-kadang kita menggunakan ayat ini untuk menghalalkan permusuhan sesama kita. Ada yang memanggil gerakan mereka Persaudaraan Islam atau Ikhwanul Muslimin yang bertujuan mengganas dan membunuh orang Islam lain.Mungkin ada sebabnya, mungkin orang Islam yang mereka musuhi kononnya zalim atau dianggap tidak begitu Islam dan perlu dibetulkan. Tetapi membinasa dan membunuh orang yang seagama tidak kurang zalim. Ia bukan cara menyelesaikan masalah antara kita.

Ini adalah kerana permusuhan akan dibalas dengan permusuhan, pembunuhan akan dibalas dengan pembunuhan.Dengan itu masalah hanya akan bertambah dan berterusan.Kebencian dan dendam mendendam akan meningkat dengan tiap kali keganasan dilakukan. Semakin lama semakin buruklah keadaan sehingga tidak mungkin ada penyelesaian lagi.

Hujurat [10] : Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara… Orang mukmin adalah seperti adik-beradik dan mereka adalah bersaudara disebabkan agama mereka, dan mereka juga adalah ahli syurga. Antara golongan yang masuk syurga tanpa hisab ialah orang Islam yang bersatu hati.
Dalam sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a: ”Rasulullah s.a.w. bersabda ”Golongan yang pertama sekali masuk syurga, wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya.”(Riwayat Bukhari)
Bahkan dalam Islam; sesama orang Islam yang tidak bertegur sapa selama tiga hari (kerana pergaduhan dan ingin memutuskan persaudaraan) adalah haram (berdosa).  Rasulullah s.a.w. bersabda “Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan (tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih daripada tiga hari” ( Riwayat Bukhari)
Perbuatan tidak bertegur sapa sesama Islam  boleh membawa kepada perpecahan yang akhirnya umat Islam menjadi lemah. Orang Islam harus saling kuat-menguat antara satu sama ,dan tidak bergaduh sesama sendiri kerana ia akan menyebabkan mereka menjadi lemah. Pada hari ini umat Islam lemah adalah kerana mereka tidakbersatu. Pepatah Melayu “Bersatu teguh, bercerai roboh” hendaklah dijadikan pegangan dan amalan, begitu juga dengan firman Allah:
Anfal [46] : Dan taatlah kamu kepada Allah s.w.t. dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala berserta dengan orang-orang yang sabar.
Janganlah mengkafirkan orang Islam yang lain walaupun mereka tidak sefahaman dengan kita.  Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w ada menyebut, “kafirkan mereka yang sembahyang menghadap kiblat”.
Oleh itu umat Islam hendaklah bersatu dan bersimpati antara satu sama lain sepertimana yang ditunjukkan oleh para sahabat Nabi:
Al-Fath [29] : Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). …
Kata pepatah Melayu, “Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit“. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam hadithnya yang bermaksud:
Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya” (Muntafaq ‘Alaih)”

No comments:

Post a Comment