3hb Labis, ahli bawahan DAP rasa tidak puas
hati kerana calon kerusi Parlimen Labis didatangkan dari calon payung terjun,
dijangka bantahan semakin kuat dan meningkat!
Pada hari Sabtu lepas lebih 50 ahli DAP
Chaah dari kalangan pelbagai kaum semasa adakan ceramah politik membuat kacau
menaikkan kain rentangan bantahan, walaupun pemimpin DAP sepatutnya mahu
halakan sasaran untuk menghentam BN, apa yang China Press lihat dari segi
maklumat itu, disebabkan isu pencalonan telah menyebabkan dalaman DAP berbalah
sengit.
Mengikut maklumat, pemuda DAP membantah pencalonan
itu kerana tidak dapat restu dari jawatankuasa gabungan DAP negeri Johor, buat
masa ini mereka melancarkan penapaian bantahan berkaitan langkah-langkah itu.
Kempen
itu dilakukan sekumpulan orang yang sama
Bekas senator DAP negeri Selangor Dr Ramakrisnan
dan timbalan pemuda DAP kebangsaan Lim Eng Guan, pada 2 tahun lepas telah
mengadakan aktiviti di kawasan peti undi di situ, mengikut laporan dari
gabungan DAP negeri Johor, jika tidak ada halangan mereka berdua masing-msing
akan bertanding di kerusi Parlimen Labis dan kerusi DUN Bekok.
Kain rentang itu tertulis “We
Want Lim Guan Eng But Not Lim Eng Guan”, dengan jelas mereka datang
untuk menghentam Lim Eng Guan.
Oleh kerana pihak bawahan DAP telah memilih
calon bertanding untuk DUN Bekok datangnya dari Chaah, sebab itu ceramah
politik pada malam tersebut yang di Chaah menyebabkan pemuda-pemuda DAP
membantah dan rasa tidak puas hati, mereka lakukan tunjuk perasaan disasarkan kepada
Lim Eng Guan.
Selain dari tindakan itu, pada 19 Februari
juga ada orang di Labis, Bekok dan Chaah menaikkan kain rentang terpapar
perkataan “kami mahu calon dari kalangan orang Cina di Parlimen Labis”, selepas
itu kain rentang tersebut diturunkan segera oleh DAP.
Mengikut maklumat dari ahli bawahan DAP,
tindakan seperti di atas itu adalah dari sekumpulan orang yang sama.
No comments:
Post a Comment