Monday, January 14, 2013

BUKAN ISLAM GUNA KALIMAH ALLAH DI MESIR ???


Dalam al-Quran ada disebut kisah orang jahiliah apabila ditanya siapa Tuhan kamu , mereka akan mengatakan bahawa Allah. Saya duduk di Mesir , kalau pergi dapat suntikkan dari doktor bukan Islam dia baca BISMILLAH, lepas suntik saya dia kata ALLAH SEMBUHKAN KAMU. Sama juga di Mesir perempuan-perempuan ahli kitab , boleh berkahwin dengan orang Islam, dan itu jelas terdapat dalam al-Quran. Hukum kita kena tengok kepada tempat, WAKIQ yang berlaku.

Di Malaysia kita tak membenarkan orang Islam berkahwin dengan (perempuan) ahli kitab, apakah ini bercanggah ? TIDAK. inilah ijtihad wakiq di tempat kita. Pernah berlaku di zaman Saidina Ali , Nabi kata tak ada ganti rugi kepada pemegang amanah , tetapi di zaman Saidina Ali pemegang amanah di kenakan ganti rugi . Adakah berlawanan dengan hadis Nabi , tidak , kerana WAKIQ atau REALITI pada masa itu kata Saidina Ali , masyarakat tidak terubat jika tidak dikenakan ganti rugi sebab masyarakat pada masa itu tidak lagi amanah.

Zaman Saidina Abu Bakar dan Umar masih kuat sifat amanah itu, tetapi zaman pemerintahan Saidina Ali amanatnya sudah kurang, maka Saidina Ali memutuskan pemegang amanah wajib bayar ganti rugi kerana rata-rata orang sudah tidak amanah. Tempat masih sama Mekah dan Madinah tetapi masa dan hukuman sudah berbeza kerana WAKIQ atau realiti yang wujud.

No comments:

Post a Comment