Monday, April 8, 2013

Calon Bebas mampu beri ancaman pada BN dan PR


Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: April 5, 2013

IPOH - Calon Bebas mampu memberi ancaman kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila meletakkan calon di semua kerusi yang dipertandingkan.

Perkara itu disahkan Pengerusi Konsortium Bebas, Kamarul Ramizu Idris yang memaklumkan sehingga kini serama 162 calon Bebas telah bersedia untuk bertanding di kerusi Parlimen seluruh negara.

Menurutnya, semua calon Bebas yang bernaung di bawah Konsortium Bebas akan membawa konsep politik beriman dan siri-siri kempen mereka dan tidak akan memperlekeh atau menyerang peribadi lawan sepertimana dilakukan parti-parti politik.

"Konsep politik beriman yang kami bawa lebih kepada memberi motivasi kepada pengundi. Kami akan ajak mereka bersatu untuk masa depan negara yang lebih baik.

"Jika pilihan raya umum (PRU) pada tahun 2008 berlaku tsunami politik, tidak mustahil tsunami bebas mampu menggegar landskap politik negara," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Beliau menegaskan, calon Bebas yang bertanding tidak boleh dipandang ringan kerana pengundi atas pagar yang benci kepada politik kotor serta sikap tuduh menuduh, pasti mahukan alternatif untuk mengundi.

"Kami sebagai calon bebas hadir sebagai calon alternatif, Kami juga ingin mencetus budaya menghapuskan gejala politik kotor yang tidak boleh dibanteras," katanya.

Sebelum ini, Kamarul Ramizul pernah bertanding sebagai calon bebas di Bukit Gantang, Perak, Penanti serta Permatang Pasir, Pulau Pinang dan untuk PRU13, beliau mengumumkan akan bertanding di kawasan Parlimen Parit serta Dun Bota.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/perak/calon-bebas-mampu-beri-ancaman-pada-bn-dan-pr-

No comments:

Post a Comment