Sunday, March 24, 2013

PENCEROBOH LUMPUH


LAHAD DATU 23 Mac - Pasukan keselamatan percaya berjaya melumpuhkan kumpulan pengganas Kiram dengan tertangkapnya seorang pemerintah tentera kumpulan itu dan seorang tali barut di Semporna dan kawasan Tungku, Felda Sahabat, Lahad Datu di sini awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pemerintah tentera yang berusia lewat 40-an itu ditahan bersama isterinya di kawasan paya di Semporna kira-kira pukul 1.30 pagi ini, hasil maklumat orang awam.

Katanya, tali barut warga tempatan berusia awal 40-an yang menjadi dalang kepada pencerobohan kumpulan pengganas Kiram itu juga ditahan bersama isterinya di Lahad Datu.

"Mereka (tali barut) itu bertindak sebagai koordinator tempatan dalam mengatur strategi, menyediakan keperluan makan minum, tempat tinggal, perubatan dan kenderaan untuk kumpulan pengganas semasa mula mendarat (di Kampung Tanduo) sehingga sekarang.