Showing posts with label dalang. Show all posts
Showing posts with label dalang. Show all posts

Sunday, March 24, 2013

DALANG DI BURU


KDN, agensi perisikan serantau siasat dalang

KLUANG 23 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) bekerjasama dengan agensi perisikan serantau bagi menyiasat dan mengenal pasti dalang insiden pencerobohan kumpulan militan dari selatan Filipina di Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, dalam menyiasat insiden itu, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menjalin kerjasama rapat dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) Filipina.

"National Intelligence Coordinating Agency, Filipina memang mempunyai kerjasama yang rapat dengan Cawangan Khas kita. Kita mendapatkan maklumat (perisikan) terkini berhubung kait dengan pembabitan pihak ketiga selain daripada maklumat tentang kumpulan (Jamalul) Kiram (pemimpin pengganas Sulu).
"Ia juga (maklumat perisikan) sama ada membabitkan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro), kumpulan Nur Misuari (bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), kepada pihak-pihak politikus atau pengganas-pengganas tertentu," katanya kepada pemberita hari ini.
Hishammuddin berkata demikian selepas majlis perasmian Pusat Giat Semberong di Dewan Taman Sri Lambak, di sini. - BERNAMA


PENCEROBOH LUMPUH


LAHAD DATU 23 Mac - Pasukan keselamatan percaya berjaya melumpuhkan kumpulan pengganas Kiram dengan tertangkapnya seorang pemerintah tentera kumpulan itu dan seorang tali barut di Semporna dan kawasan Tungku, Felda Sahabat, Lahad Datu di sini awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pemerintah tentera yang berusia lewat 40-an itu ditahan bersama isterinya di kawasan paya di Semporna kira-kira pukul 1.30 pagi ini, hasil maklumat orang awam.

Katanya, tali barut warga tempatan berusia awal 40-an yang menjadi dalang kepada pencerobohan kumpulan pengganas Kiram itu juga ditahan bersama isterinya di Lahad Datu.

"Mereka (tali barut) itu bertindak sebagai koordinator tempatan dalam mengatur strategi, menyediakan keperluan makan minum, tempat tinggal, perubatan dan kenderaan untuk kumpulan pengganas semasa mula mendarat (di Kampung Tanduo) sehingga sekarang.