GEJALA merokok di kalangan pelajar sekolah menengah sama ada yang membabitkan perempuan dan lelaki semakin meresahkan para ibu bapa dan guru kerana semakin meruncing.
Para pelajar yang terbabit melakukan perkara tersebut secara terbuka tanpa segan silu di hadapan orang ramai di sekeliling mereka; terutama melepak dan ponteng sekolah sambil merokok di taman-taman bunga berhampiran dalam keadaan berpakaian seragam sekolah.
Boleh dikatakan lebih 80 peratus pelajar sekolah menengah terbabit dengan kegiatan merokok sama ada mereka ini perokok tegar mahupun suka-suka. Angka ini adalah menurut kajian MAAH. Mungkin anda anda adalah salah seorang daripada angka ini yang terlibat dalam gejala merokok.
Remaja merokok juga berisiko tinggi untuk terjerumus ke dalam pelbagai masalah sosial lain, termasuk masalah mat rempit, minum arak, berjudi, samseng, buli, seks bebas dan sebagainya.
Justeru, langkah pencegahan yang terbukti efektif perlu diteruskan, seperti menaikkan lagi kadar cukai dan harga rokok serta produk tembakau lain supaya menjadi lebih mahal untuk dibeli golongan remaja yang kebanyakannya tiada punca pendapatan.
Kadar cukai rokok yang disarankan Bank Dunia adalah sekurang-kurangnya 65 peratus daripada harga jualan. Jelas masih ada ruang untuk menaikkan lagi harga rokok di Malaysia yang masih lebih murah berbanding negara lain yang mempunyai bilangan perokok yang lebih rendah, seperti Singapura.
Penguatkuasaan melalui agensi bertanggungjawab perlu dilaksana dan dipertingkatkan untuk memastikan agar tiada penjualan rokok yang tidak dibayar cukai atau diseludup serta secara sebatang-sebatang atau ‘loose sticks’.
Di sabah, sama ada di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau yang pernah dikunjungi oleh igufran, rokok seludup boleh diperolehi dengan mudah. Kebanyakan rokok seludup dijual oleh warga asing sama ada pendatang filipina mahupun indonesia. Setakat ini pihak berkuasa tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap penjual rokok seludup.
Menurut MAAH, Akta Racun 1952 sehingga hari ini memberi pengecualian kepada nikotina dalam produk tembakau daripada diklasifikasi sebagai Racun C, sedangkan nikotina dalam produk terapi gantian nikotina (NRT) yang digunakan untuk tujuan rawatan berhenti merokok tidak! Hal ini amat pelik kerana nikotina hanya dapat diperoleh dari satu sumber, iaitu daun tembakau dan seharusnya semua produk yang mengandungi nikotina dikawal sebagai racun berjadual.
Selain pihak kerajaan, ibu bapa juga harus memainkan peranan penting untuk mencegah tabiat merokok dikalangan anak-anaknya terutama yang masih bersekolah. Ibu bapa tidak harus bertindak sikap tidak ambil peduli.Perlu diingat kos rawatan anak mereka yang menghidap penyakit yang disebabkan oleh rokok jauh lebih besar berbanding dengan kos mencegah anak-anak daripada merokok. Ibu bapa yang prihatin terhadap kesihatan anak-anak perlu membaca Tips Berhenti Merokok untuk kebaikan anak tersayang...dan bukan menunjukkann kasih sayang terhadap anak-anak dengan menghidangkan racun nikotin kepada anak-anak.
saya juga perokok hehehe pengen berenti tapi gk bisa
ReplyDeletetapi saya merokoknya kalau lagi stres aja (Galau) hihihi,...
thanks infonya :D
ITU ada kalimat yang salah sedikit sii = harusnya kesehatan bukan kesihatan