Wednesday, February 13, 2013

MELAYU DI BUNUH DI SEBERANG


 INILAH LAH  NASIB MELAYU DI  NEGARA  JIRAN.  BERJUANG  DARI  DAHULU  SEHINGGA  KINI  UNTUK  MENUNTUT KEMERDEKAAN  DI TANAH  AIR   SENDIRI . PERJUANGAN  MEREKA  YANG  MASIH LAGI  BELUM  SELESAI  , MASIH  JAUH  LAGI  PENUH DENGAN   RANJAU YANG  BERDURII. 


19 pejuang pemisah maut dalam serangan di Narathiwat

BANGKOK 13 Feb. - Sebanyak 19 orang maut apabila sekumpulan puak pemisah menyerang sebuah pangkalan tentera di selatan negara ini malam tadi, kata pihak berkuasa hari ini.
Setiausaha Majlis Keselamatan Nasional Thailand, Leftenan Jeneral Paradorn Pattanathabutr berkata, kira-kira 60 pejuang pemisah memakai pakaian celoreng seperti tentera menyerang pangkalan tentera marin di daerah Bacho, Narathiwat.
``Serangan tersebut menyaksikan 19 pejuang pemisah maut dan anggota pemisah lain melarikan diri,’’ katanya.