BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA atau (NKRA) adalah
Bidang yang telah dikenalpasti dan ditetapkan untuk diberikan tumpuan dan
keutamaan dalam agenda perancangan dan perlaksanaan pembangunan kerajaan.
matlamat BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) adalah untuk Menyediakan dan meningkatkan suasana kehidupan yang berkualiti, sejahtera, aman dan harmoni serta meletakkan Negara di atas landasan menuju Negara berpendapatan tinggi.
bidang-bidang yang ditetapkan di bawah NKRA adalah seperti berikut :
• Menangani kos sara hidup rakyat.
• Mengurangkan kadar jenayah.
• Akses pendidikan berkualiti dan
berkemampuan.
• Prasarana luar bandar dan pedalaman
diperkasakan.
• Menambah baik pengangkutan awam
bandar.
• Taraf hidup rakyat berpendapatan rendah
ditingkatkan.
• Memerangi rasuah.
•Menangani kos sara kehidupan rakyat.
o Selaras dengan matlamat 1 Malaysia
Rakyat didahulukan, kerajaan merangka
pelan jangka pendek, sederhana dan
panjang bagi menangani masalah kos
sara hidup yang meningkat.
• Langkah jangka pendek bersifat `oneoff’
melalui Bajet 2012:
o Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
o Bantuan RM100 untuk 5.3 juta pelajar
sekolah rendah dan menengah, baucer
RM200 untuk 1.3 juta pelajar IPTA, IPTS,
Matrikulasi dan Tingkatan 6. Semua ini
melibatkan peruntukan RM3 bilion.
• Langkah jangka sederhana:
o Kedai Rakyat 1 Malaysia.
o Klinik 1 Malaysia.
o Menu Rakyat 1 Malaysia.
o Kenaikan tol dibekukan untuk 5 tahun
di Lebuhraya Plus dan Lebuh Raya
Pantai Timur.
o Penghapusan tol di beberapa lebuh raya
di Lembah Klang.
• Langkah jangka panjang:
o Mewujudkan skim perumahan 1Malaysia
PR1MA.
o Perumahan untuk nelayan. RM300 juta
peruntukan disediakan.
• Meneruskan dasar pemberian subsidi
terpilih. RM33.2 bilion disediakan.
o Bahan makanan beras, gula, tepung
gandum dan minyak masak.
o Hasil produk petroleum, disel dan gas
memasak.
o Subsidi bil elektrik RM20.00, memberi
manafaat 1 juta isi rumah.
o Kenaikan gaji 7% hingga 13% untuk
1.4 juta kakitangan awam.
o Pengumuman gaji minima untuk
kakitangan sektor swasta telah dibuat
pada bulan Mei.
• Mengurangkan kadar jenayah.
o Kadar jenayah jalanan dikurangkan
sebanyak 20% pada 2010.
o Kadar jenayah jalanan telah dikurangkan
sebanyak 39% pada awal 2012.
o Kadar jenayah keseluruhan dikurangkan
11% pada 2009.
o Wujudkan kerjasama antara tentera
dan polis.
o Rondaan bersama antara polis, tentera
dan Rela di bawah penyeliaan PDRM.
• Akses pendidikan berkualiti dan
berkemampuan
o Sistem pendidikan rendah dan menengah
percuma mulai 2012.
o Peruntukan yang besar untuk pendidikan.
o Semua kanak-kanak mahir membaca
dan menulis ketika melangkah ke tahun 4
sebelum hujung 2012.
o Menjelang 2012 80% kanak-kanak
mendapat akses pendidikan pra-sekolah
berbanding 67% pada tahun 2010.
• Prasarana luar bandar dan pedalaman
diperkasakan.
o Kemudahan jalan, air bersih dan elektrik
khususnya di Sabah dan Sarawak akan
ditingkatkan.
o 1,000 km jalan raya luar bandar telah
dibina dalam tempoh 2 tahun.
o Sejak 3 tahun yang lalu 27,000 isi rumah
mendapat bekalan elektrik, 70,000 lagi
mendapat bekalan air bersih.
o Sabah bekalan air bersih meningkat 8%
melibatkan 150,000 penduduk.
o Sarawak bekalan air bersih meningkat
5.3% melibatkan 100,000 penduduk.
o Semenanjung bekalan air meningkat 3.6%
melibatkan 250,000 penduduk.
o Bekalan elektrik di Sabah meningkat 6.8%,
Sarawak 6.2% memberi manafaat 230,000
penduduk di kedua-dua buah negeri.
o Sebanyak 50,000 rumah golongan miskin
dan miskin tegar akan dibina atau dibaik
pulih menjelang 2012.
o Program Transformasi Luar Bandar
dengan pembinaan Pusat Transformasi
Luar Bandar (RTC).
o Mewujudkan laluan kerjaya guru yang
lebih baik dengan mengadakan sistem
naik pangkat secara `time-based’.
• Menambah baik pengangkutan awam
bandar.
o 25% penduduk Lembah Klang
menggunakan pengangkutan awam
menjelang 2012 berbanding 16%
sebelumnya.
o Menjelang 2012 kerajaan menambahkan
gerabak LRT 2 koc kepada 35 buah
gerabak LRT 4 koc akan beroperasi
untuk laluan Ampang Jaya dan Kelana
Jaya. Akan memberi manafaat kepada
lebih 500,000 pengguna pada waktu
puncak.
o KTM menambah koc-koc baru yang
telah mula diperoleh secara berperingkat
dan telah mula beroperasi yang memberi
manafaat kepada 100,000 pengguna
setiap hari.
o KTM sedang dalam proses
mempersiapkan projek laluan berkembar
Ipoh-Padang Besar.
o Memperkenalkan Bas Ekspresway Transit
(BET) memberi manafaat lebih 370,000
pengguna setiap hari.
• Taraf hidup rakyat berpendapatan
rendah ditingkatkan.
o Semua bantuan kebajikan dibayar tepat
pada 1 haribulan setiap bulan.
o Program 1Azam dengan peruntukan
RM500 juta memberi manafaat kepada
47,000 isi rumah,
o Program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia
atau KARISMA dengan peruntukan
RM1.4 bilion setahun memberi manafaat
kepada 500,000 penerima seluruh
Negara.
o Bilangan usahawan wanita ditambah
dari 717 kepada 4,000 menjelang 2012
melalui AIM.
• Memerangi rasuah.
o Perolehan dibuat melalui tender terbuka
atau terhad.
o Usaha untuk meningkatkan Indeks
Persepsi Rasuah oleh Transperancy
International diberi tumpuan.
o Sehingga akhir 2011 seramai 900 orang
telah disabitkan dengan kesalahan rasuah.
o Menubuhkan mahkamah khas untuk
mempercepat perbicaraan kes-kes
rasuah.
o Badan penguatkuasaan SPRM
ditingkatkan dan diperkuatkan.
No comments:
Post a Comment