APA SAHAJA USAHA UNTUK MENYATUKAN UMAT ISLAM TERUTAMA ORANG MELAYU DI MALAYSIA AKAN DIANGGAP SEBAGAI ASSOBIAH OLEH KAUM KHAWARIJ DAN SYIAH . MANAKALA AGEN ZIONIST DALAM PKR PULA AKAN BERUSAHA MEMASTIKAN PERPADUAN UMAT ISLAM ANTARA UMNO DAN PAS TIDAK AKAN BERLAKU. ANDAI ITU BERLAKU , AKAN HANCURLAH SEGALA USAHA YANG TELAH MEREKA LAKUKAN SELAMA INI. MAKA OLEH ITU ADALAH AMAT PENTING UNTUK MEMASTIKAN UMAT ISLAM TERUS BERPECAH DAN BERSENGKETA.
KUALA LUMPUR: Perpaduan antara UMNO dan Pas dapat memperkembang serta memartabatkan perjuangan Islam di negara ini seterusnya memperkuatkan wadah politik masyarakat Melayu.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, masyarakat Melayu terutama daripada kedua-dua parti tersebut tidak boleh terlalu taksub dengan ideologi politik masing-masing sehingga merugikan Islam. Kata beliau lagi, terdapat kecenderungan parti terbabit menuduh pemimpin serta ahli parti berlawanan sebagai kafir hanya kerana berbeza ideologi politik.
"Pernah dalam majlis kenduri yang saya hadiri, mereka membuang dua besen ayam atas alasan haram kerana disembelih ahli UMNO, sedangkan sembelihan Kristian dan Yahudi (ahli kitab) pun halal, apatah lagi ahli UMNO yang mengucap dua kalimah syahadah.
"Pas dan UMNO, kedua-duanya cakap mempertahankan Islam, masing-masing bertelagah, saya seronok kalau dua kumpulan itu bergerak mengembangkan Islam kerana usaha itu pasti berjaya," katanya
Menurut Harussani, perpecahan kedua-dua parti itu disebabkan pemimpin dan ahli masing-masing terlalu taksub dalam memperjuangkan ideologi mereka.
Menurut beliau, perbezaan ideologi seharusnya membawa kepada kemajuan serta perkembangan Islam dan bukannya kehancuran.
"Melayu jangan taksub dengan parti, biarlah dua parti, namun percanggahan fikiran (seharusnya) akan membawa kemajuan dan jangan sesekali lupa matlamat kita adalah Islam," tegasnya.
Harussani sebelum itu menerima Anugerah Bintang Perkasa daripada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali atas sumbangan serta ketokohan dalam memperjuangkan Islam selama ini.
No comments:
Post a Comment