Kini kita berada di era globalisasi . Musuh kita berada di sekeliling. Kita kena kenal diri kita . Selaku seorang Islam kita wajib membersihkan diri dari perangai HASAD DENGKI kerana bila hati kita kotor betapa handsome, segak, lawa dan cun pada luaran kita , kita tetap ugly. Maka janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana adanya kebencian dan sifat mahmuzah seluruh keindahan yang sepatutnya ada dalam diri insan , kita jadikannya sebagai buruk.
Dengki dan busuk hati membuat kita yang sudah benci pada seseorang tidak bersedia memaafkan kesalahan mereka. Semua kebaikan orang , kerana silap yang sikit , orang itu dimusuhi. Ini ke sifat pewaris Nabi ...???
Di mana letaknya sifat Nabi SAW yang sentiasa kesihkan umat? Bagaimana Nabi SAW memiliki sifat pemaaf?
Nabi Muhammad SAW tidak pernah memusuhi sesiapa tapi kita berperangai sebaliknya .
Kalaulah Nabi SAW berperangai seperti ulama hari ini yang menggunakan pentas politik untuk kepentingan diri dan kaum keluarganya siapa pun tidak mahu Islam. Sunnah Nabi Muhammad SAW , sifat Nabi yang penuh kasih sayang, sentiasa pemaaf menjadi contoh sehingga ke akhir zaman. Nabi Muhammad SAW itu adalah Ai-Quran yang hidup, sentiasa membawa Rahmat kepada sekelian alam bukan kasih sayang puak-puak sendiri sahaja. Nabi SAW sebarkan Islam untuk Bani Hasyim atau kaum Quraisy sahaja. Benci pada selain puak sendiri itu assobiah namanya.
Orang buat apa pun Nabi Muhammad SAW tidak pernah marah. Muhammad SAW itu adalah satu rahmat untuk sekelian alam. Ada ke patut mereka sebagai pewaris Nabi SAW , tapi di suruh umat Muhammad SAW supaya orang ramai memusuhi orang kerana mereka mahukan kuasa politik yang ada pada orang tersebut? kenapa kita tidak tunjukkan contoh sifat sabar dan toleransi?
Rata-rata umat Islam di seluruh dunia asyik bergaduh sesama sendiri. Mereka mendewa-dewakan tok -tok guru, ustaz- ustaz dan ulama mereka, maka sebab itu rata-rata di negara Islam kita hidup dalam keadaan hina . Ini kerana kita tidak ikut ajaran Al-Quran yang sebenar. Ketaksuban dan kejumudan membawa umat Islam terkebelakang di dalam segala hal. Pembantaian umat Islam di Iraq , Afghanistan dan Palestin langsung tidak memberi kesedaran kepada umat Islam agar bersatu padu dan berganding bahu. Apakah tangisan berdarah saudara kita di sana tidak memberi kesan ? jawapan ini perlu anda jawab sendiri.
SEKIAN , WASSALAM.
No comments:
Post a Comment