Wednesday, September 19, 2012

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.




1-Perpaduan yang erat antara kaum  di Malaysia mengelakkan negara di perkotak katikan oleh kuasa luar.
2-Yang perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat 1 Malaysia.
3-Rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan fikiran yang terbuka.

TIDAK dapat dinafikan bahawa penduduk Malaysia terdiri daripada berbagai kaum. 
Kerajaan tidak pernah berhasrat menghapuskan kaum-kaum bukan Melayu beserta budaya mereka.
Semua kaum bebas mengekalkan identiti mereka -- iaitu bahasa, agama dan kebudayaan mereka.
Tetapi di waktu kita mencapai kemerdekaan kita telah membuat satu perjanjian untuk menerima nama rasmi negara ini sebagai Malaysia, bangsa kita sebagai Bangsa Malaysia dan bahasa kita Bahasa Malaysia. Semua nama-nama ini diasaskan kepada nama penduduk asal yang terbesar di negara ini iaitu bangsa Melayu.
Mengakui dan menerima Malaysia, bangsa Malaysia dan bahasa Malaysia tidak menjadikan kita semua orang Melayu.
Daripada segi ethnik, kita kekal sebagai Cina atau India atau Iban atau Kadazan atau Murut dan lain-lain.
Kita menjadi bangsa Malaysia hanya sebagai political identity yang mempunyai negara yang tertentu.

KITA SATU MALAYSIA...!!!


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=364880140259008&set=a.332020273544995.76869.331865920227097&type=1&theater

No comments:

Post a Comment