Sunday, September 23, 2012

JOM BINCANG BAJET UNTUK NEGARA BERSAMA PM...!!!



Perdana Menteri ajak rakyat bincang Bajet 2013.

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua rakyat termasuk warga asing yang tinggal di Malaysia
menyertai sesi #TanyaNajib kali kedua pada 3 Oktober depan bermula 9 malam sempena pembentangan Bajet 2013, 28 September ini.

Perdana Menteri berkata, pada malam tersebut semua rakyat diberi peluang sepenuhnya mengemukakan apa jua persoalan mengenai bajet yang telah dibentangkan di Parlimen itu.

Kata beliau, bajet berkenaan bukan sahaja dijangka memberi impak positif kepada ekonomi negara malah, ia juga membawa impak yang baik kepada masyarakat.

Oleh itu, saya mahu terus berinteraksi dengan anda semua bagi mendapatkan maklum balas mengenai bajet tersebut selepas ia dibentangkan.

Maka, saya menjemput rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat sama ada dari bandar mahupun luar bandar, pakar dalam bidang tertentu, para atlet, artis serta warga asing yang tinggal di negara ini untuk sama-sama menyertai sesi tersebut (#TanyaNajib), katanya.

Beliau berkata demikian dalam blog 1Malaysia dihttp://1malaysia.com.my/, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang telah memberi input untuk Bajet 2013 ketika diadakan sesi #TanyaNajib buat kali pertama pada 11 Januari lalu.

Tinggal beberapa hari saja lagi saya akan membentangkan Bajet 2013 di Parlimen . Pembentangan Bajet tersebut dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat mengenainya.

Atas kesempatan itu, saya ucapkan terima kasih kepada anda semua di atas input yang diberikan dan ini sekali gus membuktikan bajet kali ini dibuat dari rakyat untuk rakyat, katanya.

Najib memberitahu, pada sesi #TanyaNajib (pertama), beliau telah menerima reaksi memberangsangkan menerusi Twitter.

Saya telah menjawab sebahagian daripada soalan anda semua itu menerusi laman YouTube dan ia melibatkan beberapa soalan santai seperti peribadi saya sehinggalah ke soalan serius seperti hal ehwal ekonomi negara.

Menyedari hakikat bahawa Bajet kali ini akan memberi inisiatif yang sangat besar kepada negara, saya melihat penganjuran sesi #TanyaNajib kali kedua ini memberi manfaat sangat baik kepada kita semua, ujarnya.

Bagi penganjuran sesi #TanyaNajib kedua Bajet 2013, beliau merancang untuk menggunakan platform komunikasi dalam talian secara maksimum iaitu dengan menggunakan Ah Jib Gor, Twitter, Facebook, Google+ dan banyak lagi.

Perdana Menteri berkata, beliau akan mengadakannya menerusi akaun Google+ miliknya selain akan menerima setiap soalan melalui laman media sosial yang lain.

Sesi kali ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi laman YouTube saya. Ikuti saya di Twitter dan Facebook untuk maklumat lanjut bagaimana untuk menyertai sesi berkenaan.

No comments:

Post a Comment