Sunday, September 16, 2012

INILAH NASIB KU.....!!!


7 -SEBAB KENAPA LAJIM UKIN MENYESAL TAK SUDAH....!!!


1- TIADA TAWARAN JAWATAN UTAMA DALAM PARTI2 PEMBANGKANG.
Parti pembangkang tidak menawarkan apa2 jawatan penting kepada Lajim ekoran mereka melihat 
tiada kepentingan politik dari kemelut yang di timbulkan oleh Lajim. Isu Lajim ini hanya digunakan 
untuk menaikan lagi sokongan terhadap mereka dan bukan untuk Lajim.

2-TIADA LAGI KEMUDAHAN  KERAJAAN BN DAN JENTERA PARTI UMNO.
Keistimewan-keistimewaan seperti dahulu sudah tidak ada lagi. Semuanya perlu di usahakan sendiri.
Lajim makin kalut dan mengelabah kerana selama ini ia dibantu oleh jentera parti dan kerajaan, apabila sudah di tarik balik 
semuanya perlu diusahakannya sendiri.

3-TIADA LAGI SOKONGAN PADU KAUM SENDIRI.
Kaumnya sendiri tidak bersetuju dengan tindakannya. Malahan tidak mendapat sokongan serta dibiarkan keseorangan menyelesaikan .

4-TERPAKSA PAKAI DUIT SENDIRI.
Kalau dahulu sering mendapat penajaan pelbagai syarikat dan agensi, kini segala kos terpaksa ditanggung sendiri.
Mereka yang dahulu pernah membantunya pun sudah meninggalkannya seorang kerana sudah tidak ada kepentingan politik.

6-AKAR UMBI UMNO BEAUFORT MAHU DIA DIPECAT.
Merasakan dirinya sangat penting serta  mendapat sokongan ramai, namun setelah menyedari tidak mendapat sokongan akar umbi maka PM pun  tidak datang "melayan" karenahnya , dia meroyan "gila talak".
Akar umbi yang terdiri dari ketua-ketua cawangan dan ahli biasa mahu dia dipecat dari parti kerana mengkianati perjuangan parti.


7-CITA -CITA MENJADI KETUA MENTERI BERKUBUR.
Hancur musnah cita-cita dan harapannya untuk menjadi Ketua Menteri. Segala usaha dan perancangannya secara 
totalnya GAGAL.  Karier politiknya sudah menuju ke penghujung jalan. Andai dia berpatah balik pun bintangnya sudah 
tidak bersinar lagi. 

No comments:

Post a Comment