Friday, August 17, 2012

UMNO BELI USTAZ NASHA ?


Mengkritik Ulama bukan bererti kita mengkritik Islam.
Mengkritik parti Islam bukan bermakna kita mengkritik dan mempertikai Islam.
Mengkritik UstaZ- Ustazah bukan bermakna kita mengkritik dan mempertikai Islam.
Mengkritik Tok Guru pun bukan bererti mengkritik Islam.

Islam itu agama nasihat. Kita dianjurkan ingat mengingati, nasihat menasihati.

Perjuangan Islam bukan hanya ada pada satu-satu kumpulan tertentu sahaja. 

Perjuangan Islam juga ada di dalam UMNO yang telah membela dan mesyiarkan Islam dan ini telah pun terbukti. 
Kumpulan Tabligh juga perjuang-pejuang Islam , yang tidak pernah meminta satu sen pun dari mana2 agensi kerajaan. Dato Seri Najib juga mengiktiraf pejuangan mereka.

IKIM, TV AlHijrah, TV 9, Ustaz Don, Ustaz Kazim , Ustaz Mohd Najib dan ramai lagi pendakwah2 bebas berjuang membela Islam yang berjuang secara perseorangan atau melalui media massa.


Dengan menghina dan mencaci individu tertentu hanya kerana mengkritik dan memberi nasihat kepada kumpulan anda tidak mengambarkan anda dan kumpulan anda pejuang Islam yg sebenar.