Tuesday, September 5, 2017

Taman Tugu di bawah Amanah Warisan Negara



Kerajaan bersetuju meluluskan projek Taman Tugu di bawah badan amanah awam, iaitu Amanah Warisan Negara (Awan) serta meluluskan kawasan tambahan seluas 10.12 hektar, menjadikan kawasan keseluruhannya 36.83 hektar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kelulusan itu berikutan projek tersebut merupakan milik dan amanah rakyat.


Katanya, tambahan kawasan itu juga turut diletakkan di bawah Awan.

“Pengumuman saya ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan untuk memastikan pembangunan yang seimbang dan pesat.

“Ini adalah sebagai tambahan kepada kawasan seluas 26.71 hektar yang telah sedia diletakkan di bawah Awan. Justeru, jumlah keluasan keseluruhan Taman Tugu ini akan menjadi 36.83 hektar,” katanya sewaktu berucap dalam majlis sambutan Hari Hasanah Taman Tugu di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar; Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz.

Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut menanam pokok sebagai simbolik perasmian dan menyusuri denai di kawasan sekitar Taman Tugu. - UTUSAN ONLINE



Monday, September 4, 2017

SAYANG MRT KU


How was the previous 2 weeks of the photo contest? Don’t worry, cause here’s round 3!

The theme for this week's contest is “Play tourist with MRT”!

Interested? Cause there will be 6 winners to grab 3 grand prizes and 3 consolations! The 3 grand prize winners will get 1 Starbucks gift card worth RM150 and 1 Touch n Go card with RM50 in it while the 3 winners for the consolation prize will get RM50 Touch n Go card!

And here’s the contest criteria on how to participate:
1. Take a picture according to our weekly announced theme
2. Post your picture and don't forget to tag us in the picture (make sure your account is set to public)
3. Tag 3 friends in the photo and remember to include hashtag #sayangMRTku
So, get those ideas sparking and those cameras shooting cause this train isn’t going to wait for you!
T&C apply:

English version: http://bit.ly/2vS7Rag
BM version: http://bit.ly/2iimazU

Sunday, September 3, 2017

JANGAN BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA YANG MEMUSUHI ISLAM



Umat Islam di negara ini perlu memandang serius kenyataan Mufti Pahang supaya tidak bersekongkol de­ngan mana-mana kumpulan yang ingin menghakis ajaran Islam dan kepentingan orang Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu, umat Islam perlu menolak perjuangan DAP dan sekutunya yang dilihat tidak pernah bersetuju dengan usaha memartabatkan agama Islam dan Melayu yang diperjuangkan UMNO selama ini.


"Saya menyokong apa yang disebut oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman bahawa kita sememangnya tidak boleh sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan yang ingin menghancurkan agama kita.

"Hari ini kita lihat dalam kalangan orang Melayu, pemimpin-pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri kita bersekongkol dengan DAP. Jadi apa yang disarankan oleh Mufti Pahang itu merupakan satu perkara yang perlu diambil perhatian serius kerana bersekongkol dengan kumpulan yang hendak menghancurkan agama, akhirnya merugikan umat Islam,’’ katanya dalam Majlis Korban Perdana Parlimen Bera di Dataran Masjid Darul Fikri di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Borhan Dollah.

Sebanyak 89 ekor lembu sumbangan pelbagai pihak untuk maj­lis korban tahunan yang dihadiri lebih 1,000 orang.

Dalam khutbah solat sunat Aidiladha semalam, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, umat Islam tidak seharusnya bersekongkol dan memberi sokongan kepada mana-mana pihak yang cuba menghakis ajaran Islam dan kuasa politik orang Melayu.

Katanya, golongan berkenaan hanya mementingkan kemenangan politik berpihak kepada mereka semata-mata daripada mengukuhkan perpaduan umat Islam.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, sejak dari dahulu, DAP yang memperjuangkan hak sama rata tidak pernah bersetuju dengan perjuangan UMNO untuk memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu.

"DAP kita lihat sangat jelas komen-komen yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin mereka yang mempersoalkan agama kita seperti dari segi murtad yang mana dalam Parlimen pun ada Ahli Parlimen DAP mencadangkan supaya membenarkan sesiapa yang ingin murtad dan sebagainya,’’ katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, perjuangan UMNO sejak dahulu sehingga kini begitu konsisten dalam memartabatkan agama Islam dan juga menjaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera.

Katanya, perjuangan UMNO amat berbeza berbanding de­ngan parti-parti pembangkang lain yang mana jelas dalam Perlembagaan UMNO memberi keutamaan dalam memartabatkan umat Islam dan Melayu.

"Asas perjuangan kita adalah untuk meningkatkan syiar Islam, mempertahankan hak-hak Melayu, mempertahan dan mengekalkan Raja-raja Melayu serta mempertahankan bahasa Melayu,’’ ujarnya.

Saturday, September 2, 2017

BAS ELEKTRIK NEDO DILANCARKAN


Teknologi hijau kini mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran berikutan kos penyelenggaraannya adalah minimum. Begitu juga dalam pengangkutan awam di Malaysia kini telah berubah dari satu tahap yang lebih maju dan moden.

Baru-baru ini pelancaran Bas mesra alam atau lebih tepat Bas Elektrik PUTRA NEDO yang berlangsung di Putrajaya Sentral Presint 7. Pelancaran Bas Teknologi hijau ini bertujuan mengurangkan tahap pelepasan karbon sebanyak 40 peratus. Ini selaras dengan usaha menjadikan Bandar Putrajaya sebagai bandar perintis dalam teknologi hijau menjelang 2025. 

Pelancaran ini di rasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Adnan Md Ikshan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan. Turut menyaksikan pelancaran ini ialah  YBhg. Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya serta Mr. Makoto Watanabe, Executive Director of New Energy and Industrial Technology Development Organization (NEDO) Jepun.

Antara kelebihan bas elekrtik berbanding bas konvensional ialah ia bukan sahaja tidak mencemarkan udara malahan tidak menghasilkan bunyi bising enjin diesel. Penumpang juga akan lebih selesa kerana tidak seperti enjin diesel, bas elektrik tidak menghasilkan gegaran ketika bergerak. Tiada gegaran juga membuatkan bas elektrik lebih tahan lama dengan kos penyelenggaraan yang lebih rendah.penyelenggaraannya adalah minimum berbanding bas konvensional. 



Projek ini merupakan usahasama antara Putrajaya Corporation dan Japan's NEDO (New Energy and Industrial technology Development Organisation), dibawah rancangan Putrajaya Green City 2025. Dengan menggunakan sisem "Super Quick Charge" bas EV ini mampu bergerak sejauh 25 hingga 30 kilometer dengan tempoh mengecas lebih kurang 10 minit. 
Apa yang menarik bas EV ini menyediakan 33 tempat duduk penumpang satu ruangan untuk penumpang OKU yang berkerusi roda dan ruang untuk penumpang berdiri yang luas. 

Kenderan yang mengunakan bateri sepenuhnya  memberi jaminan tiada lagi pencemaran alam. Malahan bateri yang digunakan memang menepati standard keselamatan piawaian antarabangsa (UN/ECE-R100.02). 

UCAPAN HARI KEMERDEKAAN PERDANA MENTERI

Ucapan Selamat Hari Kemerdekaan Ke-60 dan Hari Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

AZMIN AKUR - KERJASAMA PKR - PAS DAPAT BANTAHAN DAP



Selepas mendapat bantahan kepemimpinan Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akhirnya akur untuk menghentikan rundingan bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


Beliau berkata, PKR secara rasmi ti­dak akan mengadakan kerjasama dengan Pas sebaliknya memberi fokus untuk menyusun strategi bagi menghadapi pertandingan tiga penjuru.


Katanya, pendirian terbaharu PKR itu selaras dengan keputusan mesyuarat majlis presiden pakatan yang dianggotai parti itu bersama DAP, PAN dan PPBM, Isnin lalu.

“Keputusan tidak ada kerjasama de­ngan Pas kita terima dan akan laksanakan. Fokus kita sekarang ialah untuk membina jentera bagi PRU-14,” katanya selepas meng­­hadiri Sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, di sini hari ini.

Ditanya keputusan tidak me­nga­dakan kerjasama de­ngan Pas itu bercanggah dengan kenyataannya pada 26 Ogos lalu yang menegaskan usaha tersebut adalah inisiatif PKR dan bukan pakatan pembangkang, Mohamed Azmin membayangkan, kenyataannya mengenai perkara itu sudah tidak relevan ketika ini.

“Itu pendirian PKR mengadakan rundingan dengan Pas sebelum ini, bukan saya yang batalkan. Majlis presiden pakatan merasakan tempoh PRU-14 makin dekat, maka kita kena siapkan jentera di peringkat bawah,” katanya.

Isu rundingan pembahagian kerusi di antara PKR dan Pas te­lah mencetuskan pertelingkahan dalaman parti itu apabila Naib Presi­dennya, Rafizi Ramli bersama beberapa pemimpin PKR lain sebelum ini dilaporkan membantah tindakan kepemimpinan tertinggi partinya melaksanakan rundingan berkenaan.



SERTAI SAYANG MRT KU - Raikan Hari Kemerdekaan dengan MRT



Jom sertai Sayang MRT ku. Anda semua yang menggunakan perkhidmatan LRT layak menyertai pertandingan ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah mengambil video mengikut tema yang akan diumumkan setiap minggu. Muatkan naik  gambar atau video tersebut dan jangan lupa tag kepada tiga rakan anda diruang komen. 

Peraduan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk minggu ini bermula dari 28 Ogos sehingga 3 September 2017.

Setiap minggu tiga pemenang utama akan dipilih dan pada minggu ini temanya ialah "Raikan Hari Kemerdekaan dengan MRT" . Jadi jangan lupa sematkan semangat patriotik anda berdasarkan tema yang telah ditetapkan setiap minggu. Dan jangan lupa Hashtag  #sayangMRTku dengan kapsyen anda. 

Ikuti syarat-syaratnya dibawah untuk keterangan lebih lanjut. 

 INSTAGRAM
1. Ikuti akaun Instagram @spadmalaysia
2. Ambil gambar anda di kawasan stesen MRTyang melambangkan semangat kesukanan SEA Games.
3. Muat naik gambar atau video tersebut di Instagram, dan tag @spadmalaysia 
4. Tambahkan hashtag #sayangMRTkuu dan #SPAD pada bahagian akhir kapsyen anda.
5. Akaun anda perlu dijadikan Akaun “Public” dan bukan Akaun “Private” sepanjang tempoh Peraduan ini.
6. Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
7. Peserta yang berumur di bawah 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk menyertai Peraduan ini melalui surat kebenaran yang ditandatangi yang perlu ditunjukkan kepada Penganjur sekiranya dipilih sebagai pemenang.


FACEBOOK
1. Ikuti akaun Facebook @spad.my
2. Ambil gambar anda di kawasan stesen MRTyang melambangkan semangat kesukanan SEA Games.
3. Muat naik gambar atau video tersebut di facebook, dan tag @spad.my
4. Tambahkan hashtag #sayangMRTku dan #SPAD pada bahagian akhir kapsyen anda.
5. Akaun anda perlu dijadikan Akaun “Public” dan bukan Akaun “Private” sepanjang tempoh Peraduan ini.
6. Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
7. Peserta yang berumur di bawah 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk menyertai Peraduan ini melalui surat kebenaran yang ditandatangi yang perlu ditunjukkan kepada Penganjur sekiranya dipilih sebagai pemenang.

Cara Kelayakan:

1. Gambar penyertaan mestilah gambar yang diambil oleh peserta itu sendiri. Gambar penyertaan tidak boleh mengandungi unsur lucah atau tidak sopan.
2. Kapsyen yang telah dihantar tidak boleh dipadam atau ditukar sepanjang tempoh masa Peraduan.
3. Pemilihan pemenang adalah di atas budi bicara Penganjur.
4. Hanya penyertaan yang mematuhi semua kriteria kelayakan akan terpilih sebagai pemenang. 
Hadiah Peraduan:
1. Hadiah: Voucher Aeon bernilai RM 150 dan Kad Touch ‘n Go bernilai RM50.
2.  4 Tiket ke Majlis Penutupan SEA Games setiap pemenang. 
Notifikasi Pemenang
1. Setelah pengumuman pemenang dibuat, Penganjur atau agen-agen yang dilantik oleh Penganjur akan menghubungi pemenang melalui e-mel, komen di atas laman utama Instagram atau mesej peribadi di Instagram untuk menotifikasi pemenang atas kemenangan mereka serta memberi maklumat bagi proses pengesahan dan tuntutan hadiah di ibu pejabat SPAD. 
2. Salinan kad pengenalan pemenang adalah perlu bagi menuntut hadiah.
3. Jika umur pemenang adalah di bawah 18 tahun, pemenang perlu membawa surat kebenaran yang ditandatangi beserta salinan kad pengenalan.
4. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan jika pemenang tidak memberi maklumat yang diperlukan semasa dihubungi Penganjur dalam tempoh yang ditetapkan.
5. Penganjur berhak untuk memilih pemenang yang baru jika pemenang asal gagal dihubungi melalui telefon sebayak tiga kali oleh Penganjur.
6. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi.
Had Liabiliti dan Tanggungjawab

1. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta yang menyertai Peraduan ini bersetuju untuk memberikan hak penuh kepada Penganjur untuk menggunakan gambar atau video yang telah di muat naik bagi tujuan Peraduan ini untuk promosi-promosi Penganjur di masa hadapan. Peserta-peserta tidak berhak untuk membuat apa-apa tuntutan pemilikan atau mendapatkan sebarang bentuk pampasan daripada Penganjur apabila Penganjur menggunakan gambar atau video yang telah dimuat naik oleh peserta-peserta bagi tujuan Peraduan ini. 

Hak Penganjur
1. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta (pada mana-mana peringkat Peraduan) atas sebab peserta tidak mematuhi terma dan syarat yang tertera di dalam dokumen ini.
2. Penganjur juga berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan tanpa memberi atau menyatakan apa-apa sebab.
3. Keputusan Penganjur adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.
4. Sekiranya hadiah yang dinyatakan tidak ada, Penganjur berhak untuk menukarkannya dengan hadiah yang sama nilainya ataupun lebih tinggi, tanpa memberikan sebarang notifikasi. 
5. Pemenang tidak berhak menuntut wang tunai sebagai ganti kepada hadiah yang diberikan oleh Penganjur. 
6. Setiap penyertaan perlu diterima oleh Penganjur semasa atau sebelum tarikh tutup seperti mana yang telah ditetapkan dalam terma dan syarat Peraduan. Penyertaan yang dihantar selepas waktu tutup tidak akan diterima.
Terma dan Syarat 
1. Dengan menyertai Peraduan, semua peserta bersetuju untuk tertakluk di bawah terma, syarat dan keputusan Peraduan yang dibuat oleh Penganjur. 
2. Penganjur berhak untuk menyiarkan nama dan gambar atau memaparkan sebarang perkara berkaitan pemenang bagi tujuan pengiklanan dan publisiti tanpa memberi notis kepada pemenang.
3. Penganjur berhak mengubah terma dan syarat tanpa notis.
Pemakluman

1. Penganjur juga ingin memaklumkan bahawa semua maklumat peribadi ini tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.